Dunia hiburan Asia dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi popular China, Yu Menglong yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Daerah Chaoyang, Beijing pada 11 September lalu.
Studio yang menguruskan kerjaya seni aktor berusia 37 tahun itu dalam kenyataannya mengesahkan pemergian mengejut tersebut dan memaklumkan pihak polis telah menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, Yu Menglong pada malam sebelum kejadian difahamkan bersama beberapa rakan di kediamannya sebelum masuk ke dalam bilik sekitar jam 2 pagi dan mengunci pintu.
Ads
Sekitar jam 6 pagi, rakan-rakannya menyedari beliau tidak berada di dalam bilik sebelum tubuhnya ditemui di luar bangunan oleh seorang penduduk.
Perkara itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat serta netizen, meskipun kenyataan rasmi pihak polis menegaskan tiada unsur jenayah terlibat.
Ads
Berita kematian bintang drama Go Princess Go, Eternal Love dan The Legend of White Snake itu segera tular di media sosial, dengan ribuan peminat meluahkan rasa sedih.
Yu Menglong atau turut dikenali sebagai Alan Yu dilahirkan pada 15 Jun 1988 di Ürümqi, Xinjiang. Beliau mula dikenali menerusi beberapa program realiti nyanyian
Ads
Beliau kemudiannya mengukuhkan nama sebagai pelakon utama dalam drama bersiri popular di China. Kariernya juga merentasi bidang muzik apabila turut aktif sebagai penyanyi dan pengarah video muzik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan Project EXIT, First Wives dan Honey Trap, Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju kandungan tempatan melalui siri terbaru Astro Originals, Generasi: Perfect 10 yang kini lebih berani dan relevan seiring dengan aspirasi jenama Astro ‘Home Of Originals’.
Bukan sekadar hiburan, setiap karya yang dihasilkan membawa naratif yang menyentuh jiwa, mencerminkan realiti masyarakat dan aspirasi generasi masa kini.
Menurut Benjamin Woo, Ketua Bahagian Pemasaran Astro, pendekatan promosi kini perlu lebih holistik dan bersifat segmentasi, menepati citarasa pelbagai lapisan penonton.
“Bila bercakap soal penonton, mereka ada pelbagai jenis. Ada isi rumah, remaja dan macam-macam lagi. Jadi, kita perlu cakna mengenai trend semasa.
“Promosi yang dibuat khas untuk remaja tidak akan sama dengan golongan-golongan lain meskipun ia daripada sebuah drama atau program yang sama.
“Kita kena kenal penonton kita dan cari tahu bagaimana caranya untuk kita mewakili mereka,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, Astro Originals kini bersedia untuk lebih aktif mendekati komuniti, memperkukuh hubungan serta membina jalinan yang lebih bermakna bersama penonton
“Pada saya, kita bukan sahaja perlu merangka strategi promosi yang menyentuh emosi penonton tetapi kita juga perlu bina keserasian dengan cepat.
“Lantaran itu, bersempena dengan kempen Merdeka Astro baru-baru ini, kita turun ke lapangan dan memperkenalkan Astro Home Of Drama & Originals. Penerimaan orang ramai sangat bagus.
“Kami merancang untuk terus merangka strategi yang sama terutamanya buat Astro Originals tidak lama lagi,” ujarnya.
Astro sebagai ‘Home Of Originals’ terus komited menghasilkan karya bermutu tinggi yang dekat dengan masyarakat.
“Fokus utama dan hala tuju kami untuk memperkasakan kedudukan Astro sebagai ‘Home Of Drama & Originals’ adalah dengan menghasilkan karya yang autentik dan menghubungkan penonton Malaysia dengan penceritaan asal yang relevan dengan konteks masa kini.
“Kita sudah punyai banyak ‘originals series’ di pasaran tapi kami sentiasa berpegang kepada kisah-kisah tempatan yang mampu memberikan inspirasi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad menegaskan Astro Shaw tidak akan terus berada di zon selesa sebaliknya bersedia untuk mengubah lanskap drama dan filem tempatan.
“Menjelang tahun 2026, Astro Shaw komited untuk mengangkat lagi Astro Originals dengan mengetengahkan penceritaan yang mencerminkan identiti Malaysia, sambil mengekalkan nilai produksi berkualiti tinggi yang mampu berdiri sebaris dengan judul antarabangsa.
“Antara projek akan datang termasuk Evo: Matyam, sebuah siri spin-off yang menampilkan watak Matyam dari Polis Evo 1; Kudrat 1968, pengembangan daripada francais Projek: High Council; Bad Cop, adaptasi daripada karya Jerman yang meraih kejayaan besar pada 2017 dan turut berjaya di India; serta sebuah idea asal berjudul Good Boys Go to Heaven.
“Penonton boleh menjangkakan Astro akan terus meneroka genre dan format baharu, bukan sahaja tertumpu pada aksi dan jenayah tetapi juga merangkumi psychological thriller berteraskan budaya Malaysia serta drama berlatarkan zaman.
“Dalam masa yang sama, kami kekal berorientasikan penonton dengan memberi fokus kepada tema yang dekat di hati.
Generasi: Perfect 10 HidupkanInspirasi Anak Muda
Astro Originals hadir dengan karya terbaru, Generasi: Perfect 10 (G:P10) sebuah siri yang telah mula ditayangkan bermula 19 September 2025, setiap Jumaat jam 12 tengah malam. Dibintangi nama-nama besar seperti Sofea Jane, Sherie Merlis, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan ramai lagi, G:P10 menjanjikan lakonan yang segar, berani, dan lain daripada yang lain.
Pelakonutamanya, Arena Wan akuiterujadapatterlibatdalamprojekberkenaan yang disifatkan sangat istimewa.
“Sejujurnya, sejak dahulu lagi saya memasang impian untuk terlibat di dalam siri Astro Originals. Bila diberi peluang, sudah tentu saya sangat teruja. Pada masa sama, saya agak gemuruh.
“Pada saya, Astro Originals punyai standard kualiti yang sangat tinggi dan sebagai pelakon, kita perlu capai tahap itu. Saya sangat berbesar hati dan anggap peluang ini sebagai satu penghormatan,” katanya.
Arena mengakui cabaran terbesar ialah latihan gimnastik intensif sebulan sebelum penggambaran.
“Momen yang paling mencabar sudah pastilah bila melibatkan aktiviti gimnastik. Saya bukan seorang atlet. Saya memang tiada pengalaman dalam bidang ini.
“Namun, bila diberi tanggungjawab, saya belajar dan kaji watak ini. Saya kena bawa watak ini senyata yang mungkin,” jelasnya.
Sementara itu, hero utama Daniel Fong pula menyifatkan gandingannya bersama Arena membantu membina keserasian.
“Saya ambil inisiatif untuk mengenali Arena dengan lebih dekat. Malah, ketika penggambaran, saya selalu ajak Arena makan bersama untuk bina keserasian. Ini antara kerja rumah yang saya lakukan sendiri,” katanya.
Bagi Arabella Ellen pula, membintangi G:P10 mengembalikan memorinya sebagai atlet gimrama kebangsaan.
“Saya gembirauntukbawakanwataksebagaiatletgimnastikwalaupuniabukan acara sebenarsaya. Ketika proses persiapan, kami memangdilatih oleh jurulatihkebangsaan,” jelasnya.
Arabella turut mendedahkan dia mengalami kecederaan kaki akibat latihan intensif.
“Ya, saya ada mengalami kecederaan. Disebabkan itu, kaki kanan saya mengalami keradangan. Jadi, saya perlu berehat selama seminggu,” katanya.
Menariknya, Arabella menyifatkan wataknya, Victoria, sebagai ‘Queen Bee’ di sekolah.
“Victoria adalah seperti ‘Queen Bee’ di Sekolah Permai. Dia juga merupakan ketua untuk pasukan gimnastik.
“Saya tak kata Victoria ini merupakan watak jahat tapi anda perlu tengok sendiri plot twist untuk keseluruhan cerita,” jelasnya.
Astro Originals Generasi: Perfect 10 bukan sekadar kisah sukan, ia adalah naskah yang menyentuh jiwa, mengangkat perjuangan seorang remaja dalam mengejar impian, mengharungi tekanan dan mempertahankan hubungan yang bermakna. Ditulis oleh Nas Addina, siri ini membuka jendela kepada realiti kehidupan atlet muda yang penuh cabaran dan harapan.
Jom Usha dan Strim Astro Originals #GenerasiPerfect10 di On Demand dan Strim Astro One. Boleh layan di mana mana saja, bila- bila masa! ATAU #JomUsha Astro Originals Generasi: Perfect 10 hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka!
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Kilauan Emas 2025 (KE2025), Erra Fazira berpuas hati dengan kualiti persembahan yang ditampilkan oleh setiap peserta pada minggu separuh akhir.
Menurut Erra, semua peserta jelas menunjukkan kesungguhan bagi merebut tempat ke konsert akhir minggu hadapan.
“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pada malam ini. Saya tahu mereka sudah all out dan berikan yang terbaik.
“Ada peserta yang sedikit ‘tergeliat’ dan ada juga yang tampilkan persembahan bertaraf final,” katanya kepada MH selepas berakhir konsert.
Berkongsi pandangan mengenai ramalan konsert akhir, Erra menyifatkan saingan kini terbuka luas, termasuk daripada peserta underdog yang mula mencabar kedudukan peserta teratas.
“Persaingannya sangat sengit dan salah seorangnya sudah tentu Mazleen. Kita juga ada peserta seperti Zanie dan Nawary.
“Nawary tunjukkan persembahan luar biasa malam ini. Dia merupakan peserta underdog. Untuk yang lelaki pula, Zekrai antara yang menyerlah. Setiap minggu dia tampilkan persembahan terbaik,” ujarnya.
Dalam masa sama, Erra turut mengingatkan agar peserta menguasai semua aspek pemarkahan, bukan sekadar vokal.
“Saya rasa setiap peserta perlu menguasai semua aspek pemarkahan. Jangan hanya utamakan vokal sahaja kerana persembahan secara keseluruhan juga diambil kira.
“Mereka juga perlu perbaiki bahagian penguasaan pentas. Itu juga masuk dalam pemarkahan. Mereka kena curi markah-markah ini.
“Saya harap kita akan jumpa seorang juara yang akan membawa nama Kilauan Emas 2025 yang akan terus kekal relevan dan tidak akan tenggelam selepas berakhir program,” katanya lagi.
Pada minggu separuh akhir ini, perjalanan Leeza dan Kinar terhenti apabila mereka diumumkan tersingkir daripada saingan.
Ketika ditemui, Leeza tidak menafikan rasa terkilan apabila gagal melangkah ke pentas akhir.
“Sudah tentu saya rasa agak sedih kerana saya memang betul-betul berjuang untuk melangkah ke konsert akhir. Namun, tak mengapalah. Ini adat pertandingan.
“Lagipun saya bangga dengan pencapaian diri sendiri sepanjang berada di KE2025. Saya bertanding dengan peserta-peserta yang lebih berpengalaman.
“Mereka sudah biasa buat persembahan di pentas-pentas besar. Untuk berada di tahap ini, saya sudah cukup gembira,” katanya.
Leeza juga mendedahkan faktor kesihatan sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya.
“Semasa menyertai KE2025 ini, kesihatan saya tidak berapa baik pada peringkat awal. Setelah jumpa sebuah klinik yang disarankan oleh seorang kawan, saya rasa keadaan suara saya minggu ini dalam keadaan terbaik.
“Mungkin disebabkan masalah kesihatan itu, saya jadi tak berani untuk berjuang membawakan lagu yang mencabar. Mungkin rezeki saya sampai di sini sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Kinar yang sebelum ini sering menerima undian tinggi mengakui terkejut dengan keputusan tersebut.
“Saya terkejut kerana tersingkir. Saya sudah buat yang terbaik. Jujur dari hati, saya memang tak puas hati.
“Untuk menguasai dua buah lagu dalam masa tiga hari, bukan kerja mudah. Kita kena hafal lirik, tarian dan penghayatan.
“Seperti apa yang dikatakan oleh pihak juri kepada saya, saya rasa netizen akan boleh menilai dan berfikir sendiri,” katanya.
Konsert separuh akhir turut digamatkan dengan persembahan artis undangan T-Rez Kamikaze, Datuk Nora Ariffin dan Zarith Mega.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud.
Barisan juri terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman serta Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight selepas konsert.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan Kugiran Masdo meluahkan rasa teruja dengan sokongan luar biasa peminat yang hadir ke Konsert Al Kisah Masdo 10 Tahun di Zepp, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, kejayaan mereka bertahan sehingga kini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan yang berterusan daripada para peminat sejak penubuhan kumpulan pada tahun 2015.
“Terima kasih kepada semua pihak yang datang ke konsert ‘Al Kisah Masdo 10 Tahun’. Ada yang sanggup datang daripada jauh dan dekat.
“Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, Masdo sudah pun mencapai usia yang ke-10. Terima kasih kepada kalian semua yang menyokong daripada awal sehingga sekarang.
“Di sebabkan sokongan anda, kita mampu berdiri sehingga hari ini,” katanya.
Sementara itu, pemain bass, Putuceri menyifatkan Masdo sebagai sebuah kumpulan bertuah kerana berpeluang merakamkan album penuh di Abbey Road, United Kingdom.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki untuk merakamkan album pertama di Abbey Road, United Kingdom. Kami tak sangka impian kami menjadi kenyataan.
“Ini semua berkat daripada sokongan anda juga. Kalau nak pergi dengan duit sendiri, memang tidak akan dapat rasa peluang ini.
“Jika anda hadir ke Konsert Malam Keramaian Dinda, anda adalah antara penyumbang kepada impian tersebut,” ujarnya.
Konsert turut dipenuhi dengan persembahan lagu-lagu hits Masdo daripada album pertama termasuk Teruna & Dara, Perih Jerih, Bercanda Di Malam Indah, Pujaanku, Bunga dan Janji Manis Dinda.
Antara momen paling menyentuh hati sepanjang konsert, ketika semua anggota Masdo membawa ibu masing-masing naik ke pentas untuk menyaksikan detik bersejarah mereka.
Ali turut menegaskan bahawa kejayaan Masdo hari ini adalah hasil daripada doa dan restu keluarga yang tidak pernah putus.
“Kami berada di tahap ini pun kerana restu daripada ibu dan ayah. Sokongan dan doa mereka yang membuatkan kami terus kuat untuk berjuang dalam bidang seni.
“Jasa bapa juga kita tak patut lupakan. Walaupun mereka tak tunjuk atau luahkan perasaan, sebenarnya mereka juga bangga. Jika masih ada peluang, hargai terus ibu bapa anda,” kongsinya lagi.
Konsert Al Kisah Masdo 10 turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Noh Salleh, Hujan, Fizan Bittersweet dan Heidi Moru.
Malam istimewa itu juga menyaksikan Masdo membuat persembahan tribute bagi menghargai penyanyi era pop 60-an.
Antara lagu yang dibawakan termasuk Kenangan Mengusik Jiwa (A. Ramli), Selamat Tinggal Pujaan (S. Jibeng), Mas Mona (Jeffrydin), Suzana (M. Osman) dan Malam Pesta Muda Mudi (Puan Seri Saloma).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak anda terfikir, pada saat menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia, tiba-tiba segalanya berubah menjadi kacau bilau hanya kerana berada di tempat dan waktu yang salah?