Siapa yang tidak kenal dengan ikon fesyen Wak Doyok yang sangat dikenali dengan tagline ‘aku yang pakai kau yang panas’.

Semalam kecoh di media sosial tentang satu kontroversi aksi cium pipi Wak Doyok bersama seorang gadis ketika menyambut hari jadi ikon fesyen popular itu.

Video yang merakamkan aksi cium tersebut menjadi viral selepas Wak Doyok berkongsi sambutan hari jadinya di Instagram semalam.

“Makasi sayang @ask.malika udah susah2 datang KL dari Jakarta mau celebrate birthday aku. Oh ya makasi cake duriannya ya ?? tau aja kamu aku hantu durian ? -#durianlovers,” tulis Wak Doyok.

A post shared by Wak Doyok ? (@wakdoyok) on

Melihat perkongsian itu, ramai netizen yang ‘tidak senang duduk’ melihatnya sehingga ada yang mengecam tindakannya…

IKLAN

mymj_ig: Woiiii wak…. Haram wak…haram kiss2 ni. Wakakakaka… ?

petite_ladysado: aku ni bkn baik sgt, alim jauh sekali. tp x salah kita tunjukkan contoh ke arah kebaikkan.. perlu ke kita tunjuk aksi2 camni (wlpn kita kaya maulana, kita kaya , kita hebat , duit kepok2, misai rare) .. kesusahan itu ujian dr Allah, kekayaan itu pun ujian de Allah.. sama2 la kita beringat ye.. hidup ni xlama . umor tu pun dh nak masuk asar tu …

noorazreen89: Alllahuakbar… manusia akhir zaman.. haram jd halal.. selekeh!!!!

IKLAN

Selain daripada kecaman netizen ini, apa yang menjadi tanda tanya kepada MH adalah siapakah gadis ini? Adakah dia teman wanita kepada Wak Doyok?

Agak tertanya-tanya siapakah gadis ini dan apakah hubungannya dengan Wak Doyok, MH cuba meninjau siapakah empunya diri di sebalik video penuh kontroversi ini. Kami lebih berminat apabila melihat gadis tersebut seperti mempunyai hubungan dengan Wak kerana, dia turut berkongsi ayat-ayat romantik di ruangan kapsyen.

Finally we met, it’s been such a long time I missed you #kl

A post shared by Malika Askarova (@ask.malika) on

IKLAN

Happy birthday my dear, I’m so happy to be here today with you #durianlovers ❤️

A post shared by Malika Askarova (@ask.malika) on

Namun sejauh mana kebanaran mereka bercinta tidak dapat MH berikan jawapan. Mungkin ada yang masih tidak tahu, Malika merupakan seorang model terkenal yang berasal daripada Indonesia.

Apapun MH ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi buat Wak Doyok dan semoga dpanjangkan umur serta dimurahkan rezeki selalu.

Sumber: Instagram Wak Doyok & Malika Askarova

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI