Salah seorang daripada empat usahawan selebriti terkenal yang terpalit dengan kontroversi video aksi tepuk punggung yang tular, Kak KM memaklumkan dia sudah dipanggil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, dia memberikan kerjasama pada Rabu dengan hadir ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan dan proses soal siasat berlangsung selama lebih kurang tiga jam.

“Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

“Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.

“Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya, memetik mStar.

Anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini pada masa sama menjelaskan, dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.

IKLAN

Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.

“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.

“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

IKLAN

“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video berkaitan bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.

Tindakan mereka sekaligus itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen seterusnya menerima reaksi yang pelbagai.

IKLAN

SKMM dalam satu kenyataan sebelum membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: mStar

https://youtu.be/kX2N4Hm4YL0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI