Penyanyi Aina Abdul mendedahkan persembahan yang menampilkan elemen awan dan serba putih di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi menelan belanja hampir RM90,000 keseluruhan.

Mengakui sanggup berhabis demi karya berkenaan, Aina berkata dia berbuat demikian kerana kepuasan selain mahu memberikan yang terbaik buat peminat dan ‘keluarga besar’ Aina Abdul Entertainment.

“Untuk AJL37 memang saya tidak menafikan saya berhabis banyak. Tapi kerana… tak tahulah saya macam ada instinct Terus Hidup ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.

“Jadi perbelanjaan hari ini merangkumi persalinan, props awan dan segalanya yang anda lihat tadi. Akan tetapi pada tahap ini saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi dalam kerjaya.

“Saya sedar untuk itu saya perlu buat pelaburan untuk diri sendiri, malah saya turut membawa semangat ‘team’ saya yang ramai. Hari ini sahaja misalnya dalam 30 orang.

“Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk ‘invest’ dalam persembahan ini, alhamdulilah,” katanya.

IKLAN

Pemenang Vokal Terbaik itu juga turut mengulas mengenai konsep persembahan merupakan simbolik buat bapanya yang telah pergi menghadap Illahi.

AJL37: Keluar Duit Dekat RM90,000, Aina Abdul; “Perbelanjaan Merangkumi Baju, Props Awan Dan…”AJL37: Keluar Duit Dekat RM90,000, Aina Abdul; “Perbelanjaan Merangkumi Baju, Props Awan Dan…”AJL37: Keluar Duit Dekat RM90,000, Aina Abdul; “Perbelanjaan Merangkumi Baju, Props Awan Dan…”

“Saya memutuskan untuk memilih tema awan selepas pulang dari bercuti. Ketika itu, sepanjang berada dalam kapal terbang, saya dapat melihat kepulan awan yang bergelora ada juga dalam keadaan tenang kemudian.

IKLAN

“Di kesempatan itu saya berpeluang untuk berfikir panjang. Tetapi, saya juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup ini kepada arwah ayah saya, Abdul Ghani Abdullah.

“Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa,” katanya lagi.

Karya Terus Hidup adalah ciptaan sepenuhnya Aina sekaligus mengetepikan cabaran 11 lagu lain yang bertanding.

IKLAN

Hasil kemenangan, Terus Hidup membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi termasuk RM12,000 bagi Anugerah Vokal Terbaik.

AJL37: Keluar Duit Dekat RM90,000, Aina Abdul; “Perbelanjaan Merangkumi Baju, Props Awan Dan…” AJL37: Keluar Duit Dekat RM90,000, Aina Abdul; “Perbelanjaan Merangkumi Baju, Props Awan Dan…” AJL37: Keluar Duit Dekat RM90,000, Aina Abdul; “Perbelanjaan Merangkumi Baju, Props Awan Dan…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/8ttp5ExNbn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI