Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk membawa isteri dan anak-anak ke tanah suci, Mekah akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Farid, impian tersebut telah ditanam sewaktu menunaikan umrah secara bersendirian pada 2017.

“Momen Indah Sebagai Bapa & Suami,”- Dukung Muhammad Sentuh Kaabah, Farid Kamil Syukur Impian Bawa Keluarga Tunai Umrah Tercapai

“Alhamdulillah, ia pengalaman yang sangat indah sebagai seorang suami dan bapa apabila dapat membawa keluarga menunaikan umrah. Itu memang harapan dan impian saya satu ketika dahulu.

“Saya pernah pergi bersendirian pada 2017 dan harapan saya mahu membawa keluarga pula satu hari nanti. Impian tersebut kini sudah tercapai.

“Mekah dan Madinah adalah tempat yang terbaik di dunia. Saya mahu kongsikan pengalaman sebelum ini bersama anak-anak dan isteri. Saya rasa seperti salah satu doa saya dimakbulkan,” katanya kepada MH.

Farid berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung pada Khamis di Pavillion, Kuala Lumpur.

IKLAN

Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Diana Danielle ini turut mengakui telah melalui banyak momen-momen menyentuh perasaan ketika berada di sana.

“Momen tersebut mesti ada. Apabila kita berada di sana, segalanya menjadi rahsia-rahsia Allah dengan kita. Kegembiraan berada di sana itu terserlah.

“Terlalu banyak doa-doa yang tersimpan di dalam hati untuk saya terjemahkan di hadapan Kaabah. Saya juga nampak keseronokkan Diana ketika beribadah di tanah suci.

“Manakala anak-anak saya pula, walaupun mereka masih lagi mumaiyiz, tetapi tetap melakukan segala ibadah di usia yang masih kecil.

IKLAN

“Saya harap perkongsian ini akan membuatkan para bapa lebih bersemangat untuk turut sama membawa keluarga menunaikan umrah,” ujarnya lagi.

Jelas Farid lagi, dia juga gembira saat melihat keterujaan anak-anaknya ketika berada di Kota Mekah.

“Momen Indah Sebagai Bapa & Suami,”- Dukung Muhammad Sentuh Kaabah, Farid Kamil Syukur Impian Bawa Keluarga Tunai Umrah Tercapai

“Bila pertama kali bawa Muhammad masuk ke perkarangan Kaabah, dia sangat teruja walau nampak dari jauh. Ia membuatkan saya rasa saya perlu membawa dia ke Kaabah dengan lebih dekat.

IKLAN

“Dengan kudrat yang ada, saya berjaya mengangkat Muhammad untuk menyentuh kain dan dinding Kaabah. Itulah momen yang menggembirakan saya. Memang banyak tempat lain yang lebih seronok tapi tidak akan sama rasanya seperti Mekah dan Madinah.

“Bila saya dapat memberikan penerangan dan anak-anak menghargainya, minda mereka makin terbuka untuk lebih mendalami Islam. Momen ini sangat menyentuh hati saya,” akhirinya.

Terdahulu, Farid dan keluarganya baru sahaja tiba di tanah air pada Khamis setelah berangkat ke Mekah dua minggu yang lalu.

Sekadar informasi, Farid merupakan tunjang utama yang membintangi filem arahan Roy yang bergenre seram komedi ini.

Selain Farid, Sumpahan Syaitan turut dibintangi barisan pelakon seperti Nyna Harizal, Adam Shahz dan kumpulan Senario.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI