Sekarang ini hangat di media sosial tentang kontroversi yang mengaitkan penyanyi pujaan gadis-gadis, Aiman Tino dengan penyanyi, Damien yang merupakan salah seorang anggota kumpulan VE.

Menurut sumber daripada beberapa portal hiburan, Damien telah membuat satu kenyataan di akaun Facebooknya mengatakan lagu terbaru daripada Aiman Tino dan Fara Hazel berjudul Terasa Cinta adalah satu pencemaran dan penghinaan bagi industri muzik Hip Hop.

MH cuba meninjau ke akaun Facebook Damien dan ternyata kenyataan tersebut memang tertulis pada salah satu statusnya.

“Habisla rapper2 Malaysia … Malique, Joe dgn Altimet tak boleh cari makan dah ini macam… RIP Hiphop Malaya. Innalillah..

 

“Tunggu nak dgr Aiman buat lagu Death Metal pulak lepas ni.

 

“Pencemaran dan satu penghinaan bagi Industri Muzik Hiphop. Sorry, kalau perform depan gua mmg gua BOOOOOO kuat2. #yo,” tulis Damien.

Aiman Tino Didakwa Cemar Muzik Hip Hop, Fara Hazel Tampil Beri Penjelasan

IKLAN

Rentetan daripada isu ini kakak kepada Aiman, Fara Hezel telah tampil menerusi akaun Instagramnya menjelaskan bahawa dia dan adiknya tidak berniat untuk menghina muzik Hip Hop cuma mereka mahu mencuba sedikit kelainan.

A post shared by farahezel (@official_farahezel) on

IKLAN

“Assalamualaikum salam khamis ✌

 

“Ok firstly saya nak mohon maaf kepada pihak yang MENGECAM @official_aimantino disebabkan membawa genre hiphop yg dianggap sebagai” penghinaan”kepada industri .Lagu “terasa cinta” yang ditulis sepenuhnya oleh ibu bapa kami bukanlah untuk menghina genre ini ,malah kami cuba utk mmbuat kelainan untuk warna industri muzik skrg.. kami cuba selitkan “rap” dlm lagu terasa cinta tapi tak sangka menjadi isu sedemikian ..soal aiman tino pernah terlibat dalam konsert UNDERGROUND ? Ok, sbenrnya ada slah faham dekat sini , aiman bukan membuat persembahan di konsert itu tetapi aiman “join” konsert tu sbagai penonton bersama rakan2 nyaa .. Kepada pihak yang menganggap ianya satu PENCEMARAN untk industri hiphop mohon beri tunjuk ajar kepada AIMAN TINO jgn kecam xbaik tau ✌ kami masih baru perlu tunjuk ajar dri otai2 industri muzik .. Baru je nak cipta nama jangan terus menghukum , (BERI TUNJUK AJAR ) dan tegur secara baik insyaallah akan dapat diterima dgn ikhlas ?

 

“Bagi peminat yang diluar sana ,terima kasih banyak2 kerana banyak menyokong kami hingga lah sekarang ..tanpa anda siapa lah kami ..

 

“I love u guys .. ?

 

“Lastly , hidup jangan suka menghukum orang takut kena batang hidung sendiri nanti ..mohon maaf sekiranya terkurang atau terlebih ,yang baik smuanya datang dari ALLAH ,yg buruk dtg dripada diri saya sndri ..sama2 muhasabah diri guys ✌? Saya harap anda semua terus menyokong kami dalam industri muzik ini dan insyaallah kami akan cuba buat yang terbaik ?,” tulis Fara.

Bagi MH, mungkin Damien selaku penyanyi senior dalam genre Hip Hop hanya ingin menjaga kualiti genre tersebut dan mungkin eksperimentasi yang dilakukan oleh Aiman dan Fara agak tersasar dari kebiasaan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.

IKLAN

Apapun kami puji keberanian dua beradik ini dan harap sekirannya benar mereka ada melakukan sebarang kesalahan, artis-artis yang berpengalaman mungkin boleh berikan sedikit tunjuk ajar atau berkongsi tips untuk mereka.

Sumber: Facebook Damien VE & Instagram Fara Hezel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI