Pengacara popular Awal Ashaari yang juga suami kepada pelakon, Scha Alyahya menerusi satu sumber berakata dia sangat perihatin soal penjagaan kesihatan memandangkan ahli keluarganya mempunyai sejarah penghidap kanser.

Sudah sedia maklum penyakit kanser ini sering dikaitkan dengan genetik dan itu membuatkan Awal lebih cemas kerana khuatir penyakit tersebut akan dihidapi oleh kerluarga yang terdekat yang lain mahupun dirinya sendiri.

Awal juga mengkui, dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat membantu seseorang itu mengenal pasti terlebih awal jika mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Menurut sumber lagi baru-baru ini Awal dan isterinya telah menghadiri sebuah program Bengkel Kesedaran Kanser Payudara di ibu kota.

Secara tidak langsung Awal telah didedahkan tentang fakta bahawa golongan lelaki juga mempunyai risiko untuk menghidap kanser ini.

IKLAN

Ahli Keluarga Punya Sejarah Kanser, Awal Ashaari Berjaga-jaga

Bapa kepada seorang cahaya mata ini mengatakan lagi, ini merupakan pengetahuan yang baru diperolehinya dan dia selalunya orang ramai menganggap kanser payudara ini hanya tertumpu kepada golongan wanita. Dalam program tersebut Awal berkata lagi, masyarakat diajar mengenai perubahan payudara terutamanya jika terdapat benjolan yang diragui.

Pelakon ini turut memberitahu, arwah neneknya pernah menghidap kanser payudara manakala ayahnya pula pernah menghidap kanser kolon.

IKLAN

“Antara salah seorang ahli keluarga yang menghidapi penyakit tersebut ialah arwah nenek sebelah ibu yang mengalami barah payudara, manakala ayah pula berdepan kanser kolon.

 

“Alhamdulillah, ayah tidak perlu menjalani rawatan kemoterapi kerana berjaya menjalani pembedahan sekitar 10 tahun lalu,” katanya.

Awal bersyukur kerana Scha seorang yang sangat menitikberatkan soal penjagaan kesiahatan dan itu membuatkan mereka saling menyokong antara satu sama lain untuk terus hidup secara sihat.

Ahli Keluarga Punya Sejarah Kanser, Awal Ashaari Berjaga-jaga

IKLAN

Katanya lagi, dia dan isteri mengamalkan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan dan selain itu juga mereka sering melakukan aktiviti riadah.

“Saya juga berasa bertuah apabila berkahwin dengan wanita yang bukan sahaja pelakon tetapi juga ‘doktor’ di rumah. Scha akan menggunakan alat ukur glukos dalam darah hampir setiap hari di rumah. Tidak mengira sama ada saya sedang berehat atau bekerja, dia pasti akan melakukannya secara tiba-tiba,” ujar Awal lagi.

Insya ALLAH, jika kita menjaga kesihatan kita dengan cara pemakanan yang sihat dan melakukan senaman maka tubuh kita juga akan terhindar daripada penyakit berbahaya.

Diharap setiap orang di luar sana dapat menjadikan Awal dan Scha sebagai contoh untuk sentiasa memastikan kesihatan tubuh badan dalam keadaan baik.

Sumber: Kosmo!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI