Afifah Nasir, Mohon Maaf Pada Bella Astillah

Aktres Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri aktor, Aliff Aziz, Bella Astillah kerana telah memberi peluang kepada suami wanita tersebut untuk memegang tangannya ketika berada di sebuah pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur.

Afifah ditemui Media Hiburan sejurus sidang media yang dilakukan pelakon yang juga merupakan adik kepada aktres, Anzalna Nasir di Solaris, Dutamas hari ini.

Sidang media tersebut adalah bagi memberi penjelasan terhadap apa yang telah dikeluarkan pihak Aliff Aziz berhubung kontroversi melibatkan mereka.

IKLAN

“Saya mengaku kesilapan dan di sini saya ingin memohon maaf kepada isteri pelakon tersebut atas apa yang berlaku. Sejujurnya, bagi saya Bella tidak bersalah dalam hal ini.

 

“‘Ini kerana, saya faham akan situasinya dalam kejadian yang berlaku. Di sini juga, saya ingin menjernihkan keadaan atas segala yang telah berlaku melibatkan kami,” katanya.

Terdahulu, pihak Afifah ada memperdengarkan rakaman perbualan di antara Anzalna bersama salah seorang krew produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu kepada pihak media di sidang media terbabit.

Antara intipati rakaman berkenaan adalah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara Afifah dan Aliff.

IKLAN

Bagaimanapun, rakaman perbualan tersebut tidak dibenarkan didedahkan kepada umum kerana melibatkan pihak ketiga.

Teks: Rafiq Mazlan