Adik kepada Neelofa, Ameera Khas tidak mahu mengulas lanjut mengenai ‘kehilangannya’ di media sosial lebih tujuh bulan lalu.
Terdahulu, Ameera mengambil pendirian untuk menyahaktifkan akaun Instagram namun mulai aktif dengan berkongsi perkembangan di platform perkongsian foto berkenaan sejak Februari tahun ini.
Lalu, pelbagai spekulasi bertebaran mengaitkan ‘kehilangan’ figura tersebut, termasuk gosip sudah bertemu teman hidup.
Ameera yang aktif semula di bawah nama @littlemisskhan di IG, bagaimanapun enggan bercerita lanjut.
“Seperti saya memilih untuk tidak bercakap ketika menyahaktifkan akaun IG, begitulah persoalan lain.
Ads
“Selama tempoh ‘kehilangan’ itu, saya memang tidak mahu orang tahu apa-apa mengenai diri ini.
“Jadi, tiada sebab saya hendak bercakap atau menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Orang luar tak perlu tahu dan campur tangan dalam kehidupan saya.
“Saya tahu apa yang dibuat… Tidak penting orang di luar ambil tahu,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.
Ads
Terdahulu, Ameera ditemui media pada pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri 2020 rekaan Alia Bastamam pada Rabu.
Mahu berehat seketika daripada media sosial, gadis ini mendedahkan dia juga kini bangkit dengan semangat baharu.
“Saya hanya mahu berehat seketika daripada media sosial dan beri masa berkualiti untuk diri sendiri.
Ads
“Saya tenang tanpa perlu orang luar atau pengikut memberi komen atau ambil tahu apa yang dibuat.
“Bukan sebab kes buli siber… Itu keputusan yang dibuat bagi membolehkan saya berehat daripada aktif di media sosial. Saya tidak mahu bangun pagi dan muat naik itu dan ini di IG.
“Sepanjang tempoh itu, banyak masa saya habiskan di gimnasium selain bersama keluarga dan ‘partner’,” jelas Ameera yang turut enggan bercerita lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yatt Hamzah ada berkongsi adab yang betul ketika memberi salam sewaktu menunaikan solat dalam tahiyat akhir.
Jelas Yatt, apa yang sepatutnya ialah, kalimah ‘Assalamualaikum’ disebut dengan muka masih mengadap kiblat dan bukan terus menoleh ke kanan.
Dia mengajak agar netizen turut sama memperbaiki dan menyempurnakan solat supaya doa mudah dimakbulkan Allah SWT.
“Waktu tahiyat akhir sebelum memberi salam, sebut Assalamualaikum sepatutnya dengan muka masih mengadap kiblat, bukan terus toleh kanan.
“Bila sebut Warahmatullah baru toleh ke kanan hingga orang belakang nampak pipi kita. Tapi jangan sampai dada lari dari arah kiblat. Hanya kepala yang toleh bukan badan sekali.
“Ilmu baru hari ini. Ayuh baiki dan sempurnakan solat kita. Solat yg sempurna, Allah amat suka.
“Barulah Allah akan angkat dan makbulkan segala doa. Jom share ilmu ttg Solat ini.
“KOMEN ALLAH” dan share dg semua. In shaa Allah bermanfaat,” kongsinya.
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof menyatakan rasa keliru berhubung amal ibadat bersedekah pada masa kini.
Soalnya, adakah seseorang dianggap tidak prihatin andai tidak mempertontonkan amalannya di media sosial.
Malah jelasnya menerusi satu entri di Instagram, dia tidak menghakimi sesiapa sebaliknya bimbang andai niat ikhlas itu hilang apabila amal dipertontonkan.
“Zaman ini..aku keliru, adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amalnya.
“Terpulang, tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa. Zaman ini sungguh aku keliru.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” tulisnya.
Setiap butir peringatan yang meluncur daripada mulut Habib yang dikenali sebagai Husein Baagil Tuban ini terbukti terjadi satu persatu. Ceramah agama dan ibadat berjemaah dilarang dilaksanakan umat Islam seluruh dunia.
Difahamkan ceramah itu berlangsung di Indonesia sekitar Disember tahun lalu. Ketika itu, pendakwah itu meminta umat Islam agar menghargai sisa waktu yang ada untuk ke rumah Allah melakukan ibadat. Jelasnya wabak yang akan datang mungkin akan turut menyebabkan ibadah Haji turut tiada.
“Seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang dia cintai, semoga kita akan bersama di dunia dan wafat pun kita akan bersama-sama. Maka waktu yang sangat singkat ini, waktu yang sangat dekat, jika kita memang diizinkan oleh Allah, jangan sesekali untuk tidak hadir ke majlis ta’lim.
“2016 saya sudah sampaikan, 2017 saya turut sampaikan, 2018 pernah saya sampaikan, kalian akan diprovokasi dengan kalimah Lailahaillallah, tidak lama kemudian terjadi. 2019 saya sampaikan tidak akan ada Haji di tahun ini dan ia bisa terjadi.
“Kalau sudah tidak ada Haji pada tahun ini, wallahualam. Makanya siapkan hati kita, siapkan batin kita. Jangan keluar rumah jika tidak perlu dan sangat perlu. Kekang hawa nafsu dan tubuh kita. Jangan keluar rumah kecuali keadaan yang benar-benar genting dan penting. Namun jika tiada sesuatu yang penting dan genting, maka jangan keluar rumah. Jika tiada hajat lalu kita keluar daripada rumah, akan datang mudarat.
“Kalian lihat dan catat baik-baik, sebentar lagi majlis ta’lim akan dilarang, berkumpul dan berzikir akan dilarang, makanya nikmati sisa waktu yang ada.
“Ini saat emas dan waktu yang sangat berharga. Mungkin satu atau dua bulan lagi, majlis ta’lim yang jumlahnya puluhan ribu tidak akan dibolehkan lagi. Kalian tidak usah tanya bagaimana saya tahu dan daripada mana asal saya, tapi saksikan ini akan terjadi. Nikmati sisa waktu yang ada, mudah-mudahan kita akan diwafatkan dalam keadaan husnul khatimah. Allah cinta bertemu dengan kita dan kita pun dicinta oleh Allah SWT,” jelasnya menerusi ceramah berkenaan.
“Tular!! Ceramah ini dirakam secara live pada Bulan 12 tahun 2019.. Apa yang
“Tular!! Ceramah ini dirakam secara live pada Bulan 12 tahun 2019.. Apa yang disampaikan oleh Habib ini hampir semuanya telah terjadi pada Hari ini.. Siapakah Beliau ini yang diutuskan Allah untuk Memberi pesanan dan Amaran buat Kita Semua? Allahualam.. siapa tau mne ustaz ni skrg? @puazmanofficial @mahadibz @ary.ginanjar mohon jelaskan,” jelasnya pada ceramah tiga bulan lalu.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.