Penyanyi yang kini sedang bersaing di dalam program hiburan popular, Big Stage 5 (BS5) meluahkan rasa lega selepas seleasai membuat persembahan terbaiknya menerusi lagu Hati Kama di dalam siangan minggu keenam BS5, Ahad lalu.
Menurut Naderra, dia pada awalnya rasa ragu untuk membawakan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaiza dan Noraniza Idris itu kerana bimbang akan terikut-ikut gaya penyanyi asal.
Bagaimanapun dia terharu selepas menerima respon baik sejurus selesai membuat persembahan.
“Syukur Alhamdulillah, Nad selesai menjalankan tugas menyampaikan lagu idola Nad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris, Hati Kama. Minggu sebelum ni pun Nad bawakan lagu biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Engkau Bagaikan Permata.
“Nad sendiri ada rasa takut sekiranya Nad terlalu terikut cara penyanyi asal bawa lagu ini tapi Alhamdulillah, setakat ni Nad terima input yang positif.
“Ada juga sedikit kritikan & kecaman yang Nad terima, tapi Nad mahu memandang positif dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki kelemahan diri,” jelasnya.
Ads
Nadeera berkongsi perasaannya itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.
Dia pada masa turut menyentuh mengenai markah 92 peratus yang telah diberikan salah seorang juri tetap BS5, Aina Abdul.
Ads
“Nad ada terbaca mengenai komen yang mempertikai mengapa juri Big Stage, Aina Abdul hanya beri Nad 92 markah malam tadi. Sejujurnya, Nad sedih baca komen sebegitu.
“Ya, di luar mungkin kami berkawan, dia memang bekas housemate Nad sebelum ini, tetapi dalam pertandingan ini, dia adalah juri, bukan kawan Nad, bukan housemate Nad.
“Nad faham tugas dia sebagai juri dan Nad sangat menghormati Aina. Bukan sahaja Aina, setiap pemarkahan yang diberikan olehnya bersama Abang Ajai dan juri jemputan Nad ambil maklum dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk memberikan terbaik di persembahan akan datang.
Ads
“Jadi, Nad mohon sokongan semua agar Nad berjaya memberi persembahan terbaik, terus menghiburkan anda & @thenadees_official di minggu akan datang. Kembali Terang, doakan Nad,” tulisnya lagi.
Terdahulu, di dalam saingan Ahad lalu, penyanyi kelahiran Singapura, Farhan Shah diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas para juri menggunakan Imuniti-X bagi menyelamatkan Dem Lepak Boyz menerima reaksi pelbagai penonton.
Malah, tidak kurang yang membicarakan mengenai markah 100 yang diberikan Aina terhadap persembahan bintang Indonesia, Waode pada malam sama.
Aina menjelaskan, markah tersebut diberikannya susulan melihat kejujuran persembahan Waode dari awal hingga akhir persembahan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian susulan namanya yang sering terpalit kontroversi setiap kali tampil dengan lagu baharu.
Menurut Aliff hal berkenaan sedikit sebanyak memberikan tekanan, seterusnya merasakan mengundurkan diri adalah langkah paling wajar.
“Jujurnya saya give up. Saya nak berikan hiburan kepada anda. Orang lain buat macam-macam tak kena, tapi sebaliknya dengan saya. Saya pun tak tahu apa salah saya.
“Saya bertaubat (bersara dalam nyanyian) dalam keadaan terpaksa sebenarnya. Sebab orang selalu cari salah saya kan? Jadi tak apalah… bagilah (peluang) kepada pendatang baharu.
“Walaupun saya ada dapat tawaran lagi untuk buat lagi, tapi saya dah jadi fobia,” katanya ketika di temui pada Majlis Rumah Terbuka D’Herbs di Damansara Perdana, baru-baru ini.
Aliff bagaimanapun tidak menafikan nyanyian menjadi kecintaannya sejak dahulu.
“Minat saya memang pada dunia nyanyian, suka menyanyi. Namun ia telah disalahtafsirkan sebab saya lancarkan lagu untuk suka-suka.
“Namun saya terima ugutan, lagu kena ‘banned’ dan sebagainya. Jadi saya putus asa. Mengenai tawaran kolaborasi buat lagu pun saya tolak dengan cara baik.
“Pada pendapat saya, saya mungkin dibenci sebab jadi penyanyi. Namun bila saya tak lancar lagu, ada yang tanya bila nak buat. Yang bertanya ramai.
“Tapi bila buat lagu, seolah-olah macam serba-serbi tak kena. Kena ikut pula apa yang diinginkan peminat.Sedangkan lagu-lagu yang saya nyanyi bukanlah keluar di kaca TV,” katanya lagi.
Sebelum ini apa April, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Rakaman percakapan itu dilakukan selepas wujudnya aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.
Malah, telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah seminggu berada di kampung halaman isteri di Perlis, tiba masanya pasangan pengantin baru Sarah Hildebrand dan suaminya, Otto Gillen pulang ke Kuala Lumpur.
Malah, Otto,26, gembira kerana sepanjang berada di sana, dia berpeluang melakukan aktiviti perkampungan seperti memancing, bercucuk tanam dan sebagainya.
Terdahulu, Sarah, 29, sah bergelar isteri kepada Otto yang juga seorang pelukis dengan sekali lafaz pada 3 November lalu di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.
Difahamkan, pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari meski sudah saling mengenali sejak sekian lama.
Foto : Instagram Sarah, Otto
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Fantasia 2016, Zarol Zarif kini muncul dengan single terbaharu berjudul Kan Kan.
Menurut Zarol atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 29, dia sebolehnya mahu terus menyanyi meski ramai yang sedia mengenali di platform YouTube, Cikidot Channel bersamasepupunya, Amri Aziz dan Ecah Daud.
Sejak bergelar YouTuber secara serius, Zarol bersama dua anggota Cikidot lain berjaya merangkul lebih 1 juta subscriber di platform tersebut dengan jumlah tontonan mencecah lebih 200 juta.
“Harapan saya untuk single ini adalah supaya ia boleh diterima orang ramai, baik daripada mereka yang muda sehingga tua. Saya berharap sesiapa sahaja yang mendengarkan lagu ‘Kan Kan’ berasa gembira.
“Semoga lagu ini akan membuatkan orang ramai lebih mengenali saya sebagai penyanyi. Tidak dinafikan, seb um ini ramai yang kenal saya sebagai YouTuber. Tapi tak ramai yang tahu saya sebenarnya memulakan tapak dalam industri ini sebagai seorang penyanyi.
“Saya juga berbangga kerana kali ini saya dapat bekerjasama dengan sebuah pihak pengurusan dan rakaman artis yang begitu proaktif dan percaya pada kebolehan saya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Ace Talents, Azuein Alonto, selaku pihak pengurusan Zarol menambah, pihaknya merasakan bakat nyanyian yang ada pada Zarol harus diteruskan.
“Meski sudah lama menyepi, kini Zarol menampilkan single bergenre pop dan berbeza dengan single terdahulu. Selepas perbincangan, kami mengambil keputusan untuk menunaikan hasratnya menerusi ‘Kan Kan’.
“Single ini lebih santai dan ‘easy-listening’ kerana ‘comeback’ Zarol pada kali ini ingin menarik perhatian peminat-peminatnya yang kebanyakan mereka aktif di TikTok.
“Harapnya agar single ini menjadi satu ‘benchmark’ buat Zarol yang pernah mendiam seketika dalam bidang nyanyian,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!