Penyanyi, Kaka Azraff menzahirkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor awal pagi tadi.
Memetik laporan Mstar, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff akui bersyukur kerana segala urusannya sewaktu melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram itu telah dipermudahkan.
“Alhamdulillah, Subuh tadi (Isnin) saya selamat malahirkan anak ketiga secara normal pada pukul 6.03 pagi.
“Syukur semuanya selamat. Bayi dan saya juga berada dalam keadaan yang sihat cuma saya berada sedikit letih selepas melahirkan,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas penyanyi lagu Gila itu lagi, selepas hampir tiga hari berhadapan situasi kontraksi namun, rasa sakit makin memuncak sejak malam tadi.
Ads
“Sebenarnya saya sudah merasa sakit kontraksi ini selama tiga hari tapi saya layankan sahaja. Saya sempat pergi keluar makan durian lagi.
“Tapi tepat pukul 12 tengah malam tadi, saya terus ke hospital kerana sudah tidak dapat menahan sakit,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, anak saudara kepada ratu rock negara, Ella ini juga menyifatkan kehadiran anak lelaki buat kali ketiga berturut-turut ini merupakan hadiah terindah buat hidupnya.
Ads
“Saya rasa bersyukur sangat dan macam tak sangka kerana saya telah kehilangan ayah sejak umur 10 tahun.
“Saya tidak banyak dikelilingi lelaki sewaktu membesar. Jadi, bila berkahwin, dapat pula tiga anak lelaki. Saya rasa ini anugerah Allah untuk saya.
“InsyaAllah, merekalah yang akan menjaga saya tapi buat masa sekarang, mereka adalah amanah untuk saya jaga dan besarkan anak-anak untuk menjadi lelaki yang soleh serta berguna kepada masyarakat,” akhirnya.
Ads
Sekadar informasi, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini baru berusia setahun.
Sumber & Kredit Foto: Mstar & Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian makhluk kecil ini menerusi entri terbaru Datuk Rosyam Noor di Instagram cukup membuka mata.
Dilihat sebagai serangga pembunuh dan penghisap darah, namun kewujudannya adalah bagi membuktikan kekuasaan Allah dan menambah keimanan dalam diri.
Siapa menyangka di sebalik tubuh seberat 0001 gram ini, terdapar 100 mata, 48 gigi, 3 jantung dan memiliki alat pencair darah tersendiri.
“MENARIK NI BACA SAMPAI HABIS. PASAL NYAMUK
“Seekor nyamuk diletakkan di bawah mikroskop, diperbesar 400 kali!
“Ternyata di kepalanya terdapat 100 mata..
Berat nyamuk yg hanya 0,001 gram.
“Di mulutnya ada 48 gigi
Di dadanya ada 3 buah jantung!, ditiap jantung ada 2 atrium,2 bilik jantung ,dan 2 katup jantung.
“Nyamuk memiliki alat pendeteksi panas
Dan nyamuk melihat segala sesuatu dengan pendeteksi panasnya.
“Memiliki alat pencair darah krn darah manusia itu kasar bagi nyamuk agar boleh mengalir di belalai nyamuk,dia mengambil contoh darah dulu baru mula menggigit.
“Juga memiliki alat pembius sehingga org yg di ambil darahnya tidak merasa sakit saat proses pengambilan darah,beberapa detik kemudian barulah efek bius itu hilang.
“Dan… Belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau! 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah.
“Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yg licin.
“Masya Allah semoga nyamuk yg kecil ini boleh menambah keimanan kita kpd Allah, aamiin yaa Rabbal ‘aalamiin.
“Firman Allah Ta’ala ; SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MALU MEMBUAT PERUMPAMAAN SEEKOR NYAMUK ATAU YANG LEBIH KECIL DARI ITU. ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA TAHU BAHWA ITU KEBENARAN DARI MAHAPENCIPTA. TETAPI MEREKA YANG KAFIR BERKATA, “APA MAKSUD ALLAH DENGAN PERUMPAMAAN INI ? DENGAN PERUMPAMAAN ITU BANYAK ORANG YANG DIBIARKAN-NYA SESAT & DENGAN ITU BANYAK PULA ORANG YANG DIBERI-NYA PETUNJUK. TETAPI TIDAK ADA YANG DIA SESATKAN DENGAN PERUMPAMAAN ITU SELAIN ORANG-ORANG FASIK.
Pelakon Idzham Ismail ada menitipkan janjinya buat keluarga tercinta. Titipan kata itu turut dikongsikan pelakon tinggi lampai ini menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia berjanji untuk menjadi suami yang boleh diharapkan isteri dan anak, serta akan sentiasa berada di samping yang tersayang setiap masa.
Malah, pelakon drama rantaian Pia ini juga turut mengharapkan perkara sama dari isteri tercinta.
“Saya post gambar ni sebab isteri saya kata this is the most beautiful picture dalam pandangan dia.
“Saya pernah berjanji untuk menjadi orang yang paling boleh diharap untuk isteri saya. Orang yang dia boleh bergantung. Orang yang tolong keluarga dia,” tulis Idzham.
“Orang yang dia tahu saya ada bila dia perlukan bila bila masa. Orang yang jaga kemewahan dia dan anak anak.
“Saya akan jadi seperti yang saya janjikan sebelum kita kahwin dulu. Jangan pernah lupa janji kita sebelum kita akad menjadi suami Isteri dulu. Amin InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Muhammad Faizal Zakaria, suami kepada Abby Abadi menerusi Harian Metro ada memaklumkan, bayi mereka kini berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.
Meski isterinya sudah dibenarkan pulang, namun pasangan ini masih menanti makluman terkini daripada doktor.
"Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.
“Hari ini, belum ada apa-apa maklumat terkini dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor," katanya seperti yang dipetik.
Menurut Faizal lagi, setiap hari isterinya akan ke hospital untuk menghantar bekalan susu ibu.
"Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu," katanya.
Sehingga kini, bayi pasangan Faizal dan Abby masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on Oct 1, 2019 at 7:22am PDT
Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.