Baru-baru ini, tular satu trend di aplikasi Twitter yang memperlihatkan tindakkan netizen mendedahkan nama-nama artis yang dikatakan memiliki perwatakkan sombong dan biadap.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, pelakon, Hafreez Adam merasakan dakwaan berkenaan seperti tidak adil buat selebriti memandang mereka juga manusia biasa yang mempunyai emosi bercampur baur.

“Saya Pakai Singlet & Badan Berpeluh, Dipaksa Bergambar,” – Tak Adil Label Artis Sombong, Hafreez Adam Kongsi Ragam Peminat

“Pada pandangan peribadi saya, trend tweet tersebut sangat tak sihat. Saya bukan nak mempertahankan artis tapi apa-apa profesi sekali pun, kita ini manusia biasa. Kita ada perasaan dan mood tersendiri.

“Ambil contoh diri saya sendiri, bila saya sedang bekerja atau perlu menghadiri apa-apa acara, saya sudah tetapkan dalam fikiran cara berhadapan dengan orang ramai.

“Saya bukan jadi fake cuma saya sedar kekurangan diri iaitu riak wajah saya yang kelihatan agak sombong. Jadi, bila saya bekerja, saya akan sentiasa senyum agar mudah didekati,” katanya kepada MH.

Hafreez berkata sedemikian ketika hadir ke Kompleks Karangkraf, Shah Alam bagi mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Jemputan Ke Neraka pada Selasa.

IKLAN

“Saya Pakai Singlet & Badan Berpeluh, Dipaksa Bergambar,” – Tak Adil Label Artis Sombong, Hafreez Adam Kongsi Ragam Peminat

Dalam pada itu, bintang kelahiran Hero Remaja 2012 turut merasakan cara bertegur sapa dengan selebriti juga memainkan peranan yang penting.

“Bila saya tidak bekerja, kalau nampak saya di luar dengan muka bengis, tak bermakna saya sombong. Cuba tegur dahulu. Artis pun ada masalah yang perlu dihadapi hari-hari.

“Kemudian, cara menegur biarlah sopan. Saya pernah berhadapan satu situasi dimana ada seorang peminat yang mahu bergambar ketika saya baru balik gimnasium.

IKLAN

“Dia bertegas nak bergambar walaupun keadaan saya yang berpeluh basah dan hanya mengenakan singlet. Keadaan saya ketika itu tak sesuai untuk bergambar.

“Saya tolak dengan cara baik tapi dia tetap ambil gambar saya tanpa izin. Dia kata artis tak boleh sombong. Jadi, saya hanya tersenyum dan dalam hati saya merasakan dia tak hormat saya sebagai manusia,” ujarnya lagi.

“Saya Pakai Singlet & Badan Berpeluh, Dipaksa Bergambar,” – Tak Adil Label Artis Sombong, Hafreez Adam Kongsi Ragam Peminat

Pada masa sama, Hafreez turut menyeru kepada semu pihak untuk menegur kelakuan artis secara peribadi berbanding mendedahkan nama mereka di media sosial.

IKLAN

“Pada saya, trend seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan mental seseorang selebriti. Mungkin ada yang anggap trend ini bagus serta boleh buat artis itu sedar dan berubah jadi lebih baik.

“Namun, kalau tanggapan anda seperti itu kepada seseorang selebriti, lebih baik tegur secara personal media sosial.

“Kalau buat secara terbuka, pada saya, niat tersebut hanyalah untuk memalukan artis itu sendiri. Gunakanlah cara yang betul,” akhirinya.

Terdahulu, filem psyco thriller Jemputan Ke Syurga ini memperlihatkan Hafreez membawakan watak sebagai Norman.

Selain Hafreez, filem ini juga turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hariz Hamdan dan Nick Syaf.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI