Aktres Fasha Sandha hari ini tampil memberikan penjelasannya susulan komen individu di Instagram yang bertanya mengenai kesahihan sama ada dia telah melakukan prosedur bariatic atau lebih sinonim dipanggil sebagai ‘potong usus’ atau sebaliknya.

Menerusi komen yang tertera itu, sekiranya Fasha ada berbuat demikian, tidak hairan sekiranya dia kini tampil lebih kurus dalam tempoh yang cepat.

Fasha bagaimanapun menepis dakwaan terbabit dan meminta untuk selidiki terlebih dahulu sebelum membuat pelbagai andaian.

“Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian. Bariatic atau jenis pembedahan berkaitan dengannya hanya boleh dibuat sekiranya BMI melebihi daripada sepatutnya, 28 keatas (kategori obese).

“Dan juga sekiranya seseorang itu berpenyakit (Darah tinggi / gastric/ atau sakit2 lain).

“Sebelum ni BMI saya 25.5 dan dikategori overweight dan bukan obese. Saya tidak mempunyai apa-apa penyakit Alhamdulillah,” tulisnya.

Antara lain, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menjelaskan ibunya yang pernah melakukan prosedur ‘potong usus’ atas faktor kesihatan.

IKLAN

“Saya tidak akan judge atau memandang rendah pada orang yang melakukan bariatic. Ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan bariatic kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu sendiri pada Feb 2020 kerana Obes/darah tinggi dan sakit lutut kronik.

“Saya yang membayar kos RM25,000 untuk prosedur tersebut dan saya juga yang menjaga ibu ketika itu.

“Saya tidak akan judge atau pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya juga akan memerlukan treatment tersebut,” jelasnya lagi.

Fasha Sandha Bagi Tempoh 24 Jam Tampilkan Bukti Atau Permohonan Maaf Secara Terbuka Fasha Sandha Bagi Tempoh 24 Jam Tampilkan Bukti Atau Permohonan Maaf Secara Terbuka Fasha Sandha Bagi Tempoh 24 Jam Tampilkan Bukti Atau Permohonan Maaf Secara Terbuka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

IKLAN

Fasha pada masa sama turut mendedahkan lebih setengah tahun diperlukannya untuk tampil seperti sekarang selain mengamalkan gaya hidup sihat demi mendapatkan tubuh badan ideal.

“Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan, exercise dan malam-malam ambil Berryfull. Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang.

“Jadi jika sesiapa ada masalah hati, atau mungkin iri hati atau tak puas hati dengan pencapaian saya ini, boleh beli Berryfull sekarang dan cuba. Mana tau, lepas beberapa bulan boleh jadi macam saya.

“Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. @sizuka_momoshi.

IKLAN

“Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatic.

“Saya harap perkara ni boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan,” tulis Fasha.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata semangat buat bintang popular itu malah ada yang memberikan peringatan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan apa-apa reaksi.

Sementara itu, Fasha turut membuat naik tangkap layar teks daripada individu terbabit mengenai hal yang berkaitan.

Dakwa individu terbabit, dia mendengar perkara tersebut daripada kenalan dan  memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI