Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Razzi Razak bersempena genap sembilan tahun usia perkahwinan mereka.
Jelas Norren, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa ada bersamanya dikala susah atau senang.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-9 baba Razzi Razzak. Saya sayang awak sangat-sangat.
“Terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan sentiasa ada buat saya. Bini gila tapi suami cool. Sayang awak sangat Razzi,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Cina Buta itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Bagaimanapun, perkongsian Norreen itu menerima kecaman hebat netizen gara-gara pakaiannya yang dikatakan agak seksi.
Ads
Norren atau nama sebenarnya Norren Iman Abdullah menggayakan baju yang menunjukkan bahagian perut dan hanya menutupi bahagian dada.
Lantaran itu, rata-rata netizen menyifatkan penampilan Norren kini seakan sudah berubah lebih-lebih lagi selepas berjaya menurunkan berat badan dan tampil kurus.
“Nak tunjuk kurus punya fasal, sampai pakai baju macam tiada otak sahaja.
“Ye tahu dah kurus tapi tak payah kot pakai macam ni nak membuktikan awak sudah kurus.
Ads
“Sampai macam ni berpakaian. Nak tunjuk dia dah kurus kot,” antara komen-komen netizen.
Pada masa sama, ada juga segelintir netizen yang turut mendoakan yang baik buat Norreen.
“Nak tegur tak salah. Memang tanggungjawab kita tapi ada caranya. Nak tegur, dm atau pm. Bukan komen agar nampak yang korang menegur ya. Tegurlah secara bijak.
“Cukup sekadar mendoakan yang terbaik. Jika tak mampu berkata yang baik-baik, lebih baik diam daripada lisan awak melukai hati dan perasaan orang lain.
Ads
“Tak mengapa Kak Norreen. Perlahan-lahan kita menutup semuanya. InsyaAllah.
“Happy anniversary Norreen. Moga yang baik-baik sahaja buat awak dan keluarga. Moga Allah merahmati awak dan keluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, nama Norreen mula dikenali sebagai pempengaruh kemudian melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.
Selain Cina Buta, Norreen turut membintangi beberapa drama lain seperti Gadis Exxtra, Gila Viral dan Bisik-Bisik Gelora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norreen Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau membuat andaian yang bukan-bukan berhubung video tular bekas isterinya Fazura yang turut melibatkan puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia percaya Fazura telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sebagai ibu dalam membesarkan Fatima, begitu juga dengan dirinya.
Jalankan Tugas Sebagai Ibu Bapa Dengan Baik
“Dia ialah ibu kepada Fatima, justeru bagi saya netizen tidak sepatutnya komen bukan-bukan terhadapnya.
“Saya rasa mungkin mereka (netizen) tidak tahu. Faz sebenarnya sudah membesarkan Fatima dengan cara yang terbaik. Jadi mungkin mereka tidak tahu.
“Saya percaya Faz telah menjalankan tanggungjawab ibu yang terbaik kepada Fatima, begitu juga dengan saya.
“Jangan terlalu mudah untuk buat andaian yang bukan-bukan. Bagi saya, kena sentiasa fikir positif, selalu komen atau cakap yang baik-baik kerana itu juga satu doa. Fikir yang baik-baiklah,” katanya.
Pelakon filem KL Special Force ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Rissa Skin x Fattah Amin di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu.
Namun begitu, Fattah yakin bahawa isu tersebut mungkin timbul kerana netizen tidak mengetahui keseluruhan situasi dan hanya membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat.
“Saya tak salahkan netizen yang beri komen bukan-bukan kerana mereka tak tahu situasi sebenar dan sekadar membuat andaian.
“Macam saya, tidaklah setiap kali bertemu dengan Fatima, saya akan kongsikan di media sosial.
“Saya seorang yang sering kongsi hal berkaitan mengenai kerja sahaja dan jarang kongsi soal hal personal,” katanya lagi.
Komen Pelbagai Di Video Tular
Terdahulu, sebuah hantaran video yang memaparkan Fatima mengucapkan perkataan “saya tak nak daddy” dan “saya tak sayang daddy” ketika sesi siaran langsung telah menjadi sorotan netizen.
Situasi tersebut mencetuskan pelbagai komen terhadap Fazura, dengan segelintir pihak mendakwa bahawa ungkapan Fatima itu seolah-olah diajar.
Malah Fattah turut menerima tempias kecaman apabila ada pihak yang mendakwa aktor itu seoolah-olah sudah lama tidak menjenguk anaknya, menyebabkan Fatima dikatakan merajuk.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adam Corrie Lee ada berkongsi cerita dan pengalaman dirinya menikmati makanan tidak halal sebelum memeluk agama Islam, pada tahun 2007.
Adam memaklumkan isterinya, Fazema Mohd Fuad sering bertanyakan soalan tersebut kepada dirinya.
Selain pernah makan haiwan seperti Babi dan minum arak, pelakon berusia 52 tahun ini mendedahkan dia juga mempunyai pengalaman makan haiwan dua alam iaitu Katak.
“Bidadari suka tanya, apa yang saya makan (non-halal) sebelum syahadah.. hari itu dia tanya pasal babi dan arak.. kali ini tanya pasal katak pulak.
“Apa lagi saya usik la dia Katak Masak Kam Heong, Masak Cili Kering. Sebab dia geli dengan katak. Pengalaman dulu dengan sekarang. Islam ajar kita pilih makanan yang bersih & halal,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adam mengharapkan perkongsiannya ini menjadi satu dakwah kepada orang ramai.
“Video tahun lepas.Ini salah satu dakwah santai saya pada belum Muslim & saudara muslim saya tentang pengalaman saya.
“Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #cinaMuslim,” tulisnya pada video sambil mengusik isterinya itu.
Adam sebelum ini mengakui seorang atheis sebelum mendapat hidayah Allah. Dia memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Foto: Instagram Adam Corrie Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dididik untuk sentiasa menghargai waktu orang lain, jelas Zizi Kirana dia cukup kecewa dengan sikap segelintir artis baru BBNU yang tidak menepati masa dan tiada disiplin dalam tugas yang dilakukan.
Jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur pada Rabu, dia pernah berhadapan dengan situasi di mana terpaksa menunggu seorang artis BBNU hampir lapan jam di lokasi sebuah program.
“Kalau ada artis yang lambat memang saya akan terus menegur kerana sewaktu di dalam Akademi Fantasia pada 2209, kami diajar untuk menepati masa kerana di dalam industri, kita bekerja dengan ramai orang.
“Kita kena sentiasa bersedia dan apabila diberi ‘call time’ tolong tepati waktu. Apabila berjumpa orang, hormati mereka kerana itu yang diajar sedari kecil. Itu dipanggil disiplin diri.
“Namun apabila artis baru ini buat perangai, susah dia mahu bertahan dan mendapat tawaran selepas itu.
“Paling lama saya pernah menunggu artis baru daripada jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 petang, hampir lapan jam. Saya tidak mahu menyebut nama artis itu, biar rahsia. Itu paling lama saya menunggu sepanjang berapa tahun dalam industri.
“Waktu itu saya pula perlu bergegas ke tempat lain untuk persembahan jadi agak kecewa dengan sikapnya,” jelasnya kepada media.
Dalam pada itu, dia turut menyelar tindak tanduk segelintir yang tiada rasa hormat kepada artis veteran walaupun duduk dalam majlis yang sama.
“Banyak saya jumpa artis baru yang tidak menghormati yang lama. Kalau tidak menegur saya tidak mengapalah, namun artis veteran lain pun dipandang sepi oleh segelintir mereka. Kalau tidak sempat bersalam, apa salahnya senyum, tidak susah kan?
“Nasihat saya, tolonglah jaga timing dan attitude anda sebagai artis,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, New Balance bakal melancarkan koleksi terbaru stail 90-an untuk generasi masa kini. Rekaan 850 ini bakal berada di pasaran bermula 15 Februari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.