Pelakon Chacha Maembong membuat laporan polis pada 20 Oktober lalu kerana tidak tahan dengan komen melampau serta dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

Ia susulan dirinya didakwa turut mempunyai kaitan dengan sindiket pelacuran kelas atasan dan aktiviti Macau Scam.

Chacha yang membuat laporan di Balai Polis Seremban berkata, dia sudah dipanggil pegawai penyiasat dan terbuka untuk memberi kerjasama penuh. 

“Laporan dibuat sebab ramai yang beri komen yang keterlaluan. Apabila melampau ia memberi kesan kepada perniagaan yang saya usahakan. Malah, ada yang siap nak suruh boikot. Kononnya saya guna duit haram dan sebagainya.

“Jadi, perkara ini beri kesan kepada kerja dan perniagaan. Tersekat rezeki. Apabila tersekat, saya kena buat laporan sebab ia adalah fitnah. Kalau fitnah, saya buat tak tahu, lagilah ia akan menjejaskan nama dalam industri hiburan,” jelasnya.,

IKLAN

Chacha pada masa sama turut menambah, dia juga tidak tahu apakah punca yang menyebabkan dirinya dituduh sedemikian.

“Pegawai penyiasat pun sudah panggil untuk bantu siasatan. Saya cerita semua A sampai Z dan saya tidak terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

“Saya juga tidak dipanggil SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berhubung kes Macam Scam. Memang tak ada. Saya tak tahu kenapa ia dikaitkan dengan saya.

IKLAN

“Cuma saya fikir, mungkin disebabkan gambar lama yang disebarkan itu lalu saya turut dikaitkan sekali lagi. Sedangkan ia tak ada kena mengena pun.

“Netizen memang suka cari balik gambar lama dan tularkan semula. Jadi, saya cakap kepada peguam memang saya tak ada kena mengena.

“Saya nak fokus kerja dan cari duit saja sebab kita tak tahu sampai bila orang nak panggil kita berlakon. Selagi orang nak, saya buat.

IKLAN

“Jadi, apabila keluar cerita begini, terkilanlah sebab orang masih nampak kejahatan saya berbanding kebaikan. Jadi, perkara ini saya reda dan anggap ujian dalam pada saya nak membina nama semula,” katanya.

Bagaimanapun, Chacha turut menyifatkan dirinya bertuah kerana ahli keluarga yang lain menyokongnya kerana mereka tahu dia tak buat kerja itu dan memintanya untuk tidak melayan komen melampau di media sosial.

“Mereka cakap mulut orang tak boleh tutup. Sama ada kuat untuk hadapi atau tak.

“Cuma diakui masa mula-mula kena memang tak kuat,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI