Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril berkongsi mengenai cabaran yang dihadapinya setelah bergelar bapa kepada dua cahaya mata.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Say mengakui bukan satu perkara mudah untuk menguruskan dua orang anak, lebih-lebih lagi ketika isterinya, Dr. Azura menjalani tempoh berpantang.

“Ada Momen Yang Doc Koyak Tak?” – Isteri Dalam Pantang, Dr. Say Mengaku Tak Mudah Nak Uruskan Anak Tapi… “Ada Momen Yang Doc Koyak Tak?” – Isteri Dalam Pantang, Dr. Say Mengaku Tak Mudah Nak Uruskan Anak Tapi…

Kongsinya, dia turut melakukan beberapa perubahan terhadap aktiviti dan rutin harian dirinya.

“Topik : Pengorbanan Sesuatu Yang Dicintai Bila sy balik Bangi baru2 ni parents sy tanya “so boy, macam mana experience handle dua anak?” jawapan sy “fuuuh, tak mudah mak ayah”. N betul, ia sikit pun tak mudah tapi apa yg sy perasan it is easier compared to masa kami berpantang time Ace dulu.

“Mungkin pengalaman yg lepas mematangkan kami & colic + witching Sef tak seteruk Ace dulu. Hari ni Sef dah masuk hari ke-40 dan terus terang cerita it gets way easier. Tidur dia dah makin ikut timezone Malaysia & colic makin terkawal, senang kata Alhamdulillah lebih senang berbanding dulu.

“Doc ada moment yg doc koyak tak?”. Tipu kalau sy cakap sy tak koyak. Macam sy cerita sy teman bini berpantang kat rumah until today & kerja sy sekarang mostly kena buat video kat rumah.

IKLAN

“I made a target “no work lepas Ace habis sekolah” jadi masa siang sy perlu digunakan sehabis baik. Kadang2 bila nak buat video, baby nangis & bini tengah mandi takkan sy nak buat dungu & biar baby nangis ja maka sy layan baby jap,” tulisnya.

“Ada Momen Yang Doc Koyak Tak?” – Isteri Dalam Pantang, Dr. Say Mengaku Tak Mudah Nak Uruskan Anak Tapi… “Ada Momen Yang Doc Koyak Tak?” – Isteri Dalam Pantang, Dr. Say Mengaku Tak Mudah Nak Uruskan Anak Tapi…

Selain itu, Say memberitahu suami memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab untuk bersama-sama membantu isteri yang sedang berpantang selepas bersalin.

“Bini tertidur kepenatan, baby nangis, takkan nak kejut bini cakap “tu baby bangun tu” maka sy layan baby jap. Time constraint ni kadang2 semestinya buat sy koyak tapi hiring a manager lepas kelahiran Sef ni kao kao membantu.

IKLAN

“Satu lagi yg sy perasan what made it easier is apabila sy korbankan main Mobile Legends sy. Bunyi macam “apa daa tua2 main game” tapi sy cukup cinta ML sekuat lelaki lain menyintai EPL/ La Liga/ Serie A/ F1 Grand Prix mereka.

“Awal2 bila tak dapat main, sy cukup resah namun bila sy slowly let it go, ternyata banyak masa sy dapat spend dekat anak2 & kerjaya sy.

“Kesimpulan cerpen sy arini, tak mudah menjaga anak namun bila kita korbankan sesuatu demi anak tercinta biarlah sedungu2 kurangkan/ berhenti main mobile game, pasti Allah permudahkan jalan kita & perbanyakkan rezeki kita,” tulisnya lagi.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Sekadar informasi, isteri kepada Dr. Say, Dr. Azura selamat melahirkan cahaya mata kedua pada tanggal 18 Ogos lalu.

Sebelum ini, isterinya telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan ini juga telah pun terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril.

“Ada Momen Yang Doc Koyak Tak?” – Isteri Dalam Pantang, Dr. Say Mengaku Tak Mudah Nak Uruskan Anak Tapi… “Ada Momen Yang Doc Koyak Tak?” – Isteri Dalam Pantang, Dr. Say Mengaku Tak Mudah Nak Uruskan Anak Tapi…

Foto: Instagram Dr.Say

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI