Pelakon Ruhainies mengakui kekasih hatinya yang sebelum ini hanya dikenali sebagai ‘Mr.E’ merupakan seorang lelaki ‘anak emak’.

Malah adik kepada pelakon Nur Risteena ini juga mendedahkan, dia rasa bertuah kerana dikurniakan kekasih yang bijak serta menghargai insan bergelar ibu.

“Bagi saya, tiada salahnya kalau bercinta dengan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ‘anak emak’. Ia ada kelebihan dan kekurangan. Cumanya dengan dia ni (kekasih) rasanya dia pandai ambil hati dan yang paling penting mampu berikan kasih sayang sama rata.

“Malah, saya turut mengharapkan agar situasi itu terus berpanjangan apabila kami mendirikan rumah tangga. Kiranya, kasih sayang itu sama di antara ibu dan isteri. Itu lebih baik,” katanya yang turut memberitahu, hubungannya sama ibu mertua baik-baik sahaja.

“Ada Kelebihan Dan Kekurangan,” – Ruhainies Tak Kisah, Bangga Punya Kekasih ‘Anak Emak’

“Saya panggil ibunya sebagai ‘auntie’. Kami kerap bertemu termasuk dengan ibu bapa saya juga. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja, alhamdulillah,” kata Ruhainies kepada MH.

Ditanya mengenai perancangan perkahwinannya pula, Ruhaninies memberitahu setakat ini dia masih belum mempunyai tarikh khusus.

IKLAN

Tetapi bersyukur kerana kedua orang tua sudah memberikan ‘lampu hijau’ baginya untuk membina masjid.

“Restu ibu bapa itu sangat penting. Sebab itulah saya ada tanya sebentar tadi dan jawapan yang diberikan itu sebenarnya merupakan suatu signal yang membayangkan mereka restu dengan pilihan dan keputusan saya.

“Ada Kelebihan Dan Kekurangan,” – Ruhainies Tak Kisah, Bangga Punya Kekasih ‘Anak Emak’

“Sebab nampak saja mereka macam terbuka, tetapi hakikatnya orang tua saya agak tegas dan terapkan disiplin dalam mendidik anak-anak. Maklumlah, adik-beradik kami kebanyakannya perempuan.

IKLAN

“Jadi memang dikawal, termasuk dengan lelaki yang kami berkawan. Jadi bila semuanya dipermudahkan, saya lega untuk meneruskan hubungan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, bintang Jejak Karmila itu ditemui media pada majlis kejutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 tahun di Gombak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Turut hadir meraikan termasuk ahli keluarga, kelab peminat serta rakan selebriti lainnya.

IKLAN

“Ada Kelebihan Dan Kekurangan,” – Ruhainies Tak Kisah, Bangga Punya Kekasih ‘Anak Emak’

Mengulas lanjut mengenai nama teman lelaki yang bakal bergelar suami tidak lama lagi, Ruhainies lebih selesa untuk berkongsi semuanya apabila semuanya pasti.

“Sebelum ini, saya hanya memperkenalkannya sebagai Mr E saja, tapi kalau ditanya fasal namanya lagi, saya lebih senang kongsi namanya Mr E Johan saja. Maaf, tidak dapat memberikan nama lengkap kerana bimbang nanti ganggu privasinya.

“Biarlah dia jalani kehidupan seperti orang biasa,” pinta Ruhainies yang turut mengakui akan berkongsi perihal nikah bersama media andai sudah ada tarikh tetap.

Foto: Instagram Ruhainies

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI