Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan setakat ini, dia telah menemui enam doktor pakar perubatan, namun masih gagal mengesan penyakit misteri yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Susulan itu, Ustaz Kazim,49, menjelaskan, meski dirinya sudah menjalani pelbagai prosedur termasuk melakukan pembedahan, dia pada masa sama akan tetap meneruskan rawatan moden dan alternatif sebagai ikhtiar.

“Alhamdulillah saya masih meneruskan rawatan di hospital. Setakat ini sudah enam doktor pakar merawat saya, tapi sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang saya alami.

“Memang itulah jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan. Kalau diikutkan saya sudah mengikut semua prosedur mereka seperti membuat imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI), ambil darah dan sampel spesimen.

“Jadi apabila mereka mengatakan tidak ada penyakit dan tiada masalah, saya okay dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan hingga kini. Bagaimanapun, dengan doktor saya tetap membuat rawatan dan masih ada pemeriksaan susulan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh.

“Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas lain pada hal saya sudah buat semua prosedur termasuk jalani beberapa pembedahan,” katanya.

IKLAN

“Ada Juga Rakaman Video, Kaki Saya Dibedah Tak Keluar Darah, Walhal…,” – Ustaz Kazim Elias Terus Ikhtiar, Dedah Sudah Jumpa 6 Doktor Pakar “Ada Juga Rakaman Video, Kaki Saya Dibedah Tak Keluar Darah, Walhal…,” – Ustaz Kazim Elias Terus Ikhtiar, Dedah Sudah Jumpa 6 Doktor Pakar

Beliau berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah, baru-baru ini. 

Pada majlis sama, turut dianjurkan Forum Perdana Israk Mikraj.

IKLAN

Tambahnya lagi, ketika kakinya bengkak hingga terpaksa dibedah sekitar hujung tahun lalu, doktor masih tidak mengesan masalah sebenar.

“Sebab kaki dah bengkak sangat, jadi saya izinkan doktor untuk membelah (bedah) dan memeriksa keadaan saya. Bila dibelah tidak ada darah dan nanah.

“Bukti video saya ada tetapi masalahnya kalau tunjuk kepada media takut dikatakan saya cari propa (propaganda). Namun, itulah yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar.

IKLAN

“Malah ada juga rakaman video, di mana kaki saya dibedah tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini,” katanya.

“Ada Juga Rakaman Video, Kaki Saya Dibedah Tak Keluar Darah, Walhal…,” – Ustaz Kazim Elias Terus Ikhtiar, Dedah Sudah Jumpa 6 Doktor Pakar “Ada Juga Rakaman Video, Kaki Saya Dibedah Tak Keluar Darah, Walhal…,” – Ustaz Kazim Elias Terus Ikhtiar, Dedah Sudah Jumpa 6 Doktor Pakar

Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di Facebook sekitar Oktober tahun lalu, antara lain menunjukkan perubahan fizikal ketara di bahagian wajah.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI