Pelakon dan pelawak, Achey berkongsi perkembangan terbaharu proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya menerusi laman Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menerusi perkongsian video tersebut, Achey atau nama sebenar, Mohd Nasir Hamzah, 36, berkata isterinya, Nur Hasanah Yahaya atau Anne telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan, baru-baru ini.

“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.

“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik.

“Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat.

IKLAN

“Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.

“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” tulis Achey.

IKLAN

Menjenguk ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Izzue Islam, Ezzaty Abdullah dan Datin Suliza Salam turut mendoakan agar proses tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Terdahulu, Achey dan Anne berkongsi berita yang mereka sedang mencuba untuk rawatan IVF sejak bulan Ogos lalu.

Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Anne pada 2011.

IKLAN

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber:  Instagram Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI