Malam tadi telah berlangsungnya majlis pratonton bagi filem Hantu Wangan iaitu filem komedi seram yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham.

Pelawak popular, Achey sebagai hero di dalam filem ini berkata dia berasa gembira kerana diberi peluang memegang watak hero dan ini merupakan kali pertama dia mendapat watak besar seperti ini dalam sebuah filem.

Katanya lagi, dia mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengambil watak hero ini sebelum sesi penggambaran kerana ramai yang memberikan kepercayaan kepadanya dan setiap hasil yang diberikan akan menjadi topik bualan orang ramai.

IKLAN

“Pertama sekali saya rasa happy diberi peluang memegang watak hero ini dan keduanya saya mengambil langkah berjaga-jaga sebelum saya start shooting sebab orang memberikan kepercayaan walaupun ianya tidak sebesar mana pun, bagi saya jika kita memberikan komitmen dan hasil yang bagus maka orang juga akan bercakap yang baik-baik.

 

“Saya kena ambil peluang ini dan lakukan sehabis baik walaupun sesi penggambaran mengambil masa yang singkat hanya dua minggu lebih sahaja.

 

“Watak ini bagi saya sangat berat kerana saya harus menjiwai watak yang diberikan dan ada babak yang saya harus melakonkan watak seperti orang gila dan ia sedikit sebanyak mengganggu pemikiran dan emosi saya untuk melakonkannya,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Achey juga berkata watak hero itu sendiri tidak akan berjaya jika tidak dibantu oleh barisan pelakon yang lain dan dia mengibaratkan dirinya adalah penggerak kepada cerita dalam filem itu.

IKLAN

“Hero tu tak nampak kalau tak dibantu dengan Risteena, abang Cat Farish dan pelakon-pelakon lain dan susunan cerita ini sangat cantik, tidak hanya menyerlahkan watak hero sahaja.

 

“Saya ni ibarat macam penggerak kepada cerita ini sebenarnya dan lawaknya jatuh pada pelakon-pelakon lain.

Apapun MH berikan pujian untuk filem ini kerana mampu membuat satu panggung ketawa sampai pecah perut dengan filem seram komedi yang disajikan.

IKLAN

Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah seperti Risteena Munim, Cat Farish, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Mac depan. Jangan lupa tonton dan support industri filem negara kita ok!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI