Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada berkongsi satu potongan video pendek di Instagram yang mendapat perhatian netizen.
Ini kerana, kelihatan darah keluar dari mulut ketika menjalani penggambaran drama terbaru lakonannya, Kerana Dia Aku Menangis yang bakal ditayangkan di Astro First arahan Kabir Bhatia.
Tanggal 26 Jun merupakan tarikh istimewa buat pelakon Lisa Surihani apabila dia tampil dengan imej terbaru dengan mengenakan tudung.
Berkongsi pengalaman menyarungkan hijab, bintang filem Istanbul Aku Datang ini akui persoalan tersebut (berhijab) sering menjadi tanda tanya baginya sejak bertahun lamanya.
“Sejujurnya tak boleh katakan yang ada satu episod atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhijab.
“Saya memang dilahirkan seorang Islam tetapi ada banyak yang saya rasakan, nak kata saya tak pernah belajar tentang agama atau tak pernah pergi kelas agama ke.
“Ada banyak benda yang saya kurang tahu ataupun saya rasa keliru. Banyak persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika itu.
“Ya Allah Ya Tuhanku, angkuhnya aku satu ketika dahulu, dimana saya menyoal setiap perkara tetapi saya tidak mencari ilmu itu.
“Apabila timbul berkaitan tudung, ia adalah satu soalan yang saya selama ni tertanya-tanya bertahun lamanya. Agama Islam adalah sebuah agama yang dikatakan agama akhir zaman kita,” kongsi Lisa menerusi perkongsian video Zayan My.
Malah, pelakon itu juga mendedahkan kisah disebalik peristiwa sebelum hatinya terdetik untuk berhijab.
“Ada beberapa peristiwa atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya rasa hati seolah-olah dijentik.
“Pada ketika itu di bulan Ramadan, kebiasannya, apabila saya buka Al-Quran, surah An-Nur dalam satu ayat tersebut menyatakan iaitu seorang lelaki perlu merendahkan pandangan mereka terhadap wanita.
“Disitu, saya nampak ada satu kebijaksanaan disebalik ayat tersebut membuatkan saya terfikir sebenarnya wanita ini, tidak kisah sebenarnya dia berpakaian macam mana pun.
“Sebenarnya yang kena jujur ialah lelaki untuk merendahkan pandangan mereka terhadap wanita, bukan untuk memberikan alasan kepada mereka untuk menghentam, kecam, menghakimi atau pun tidak berpakaian mengikut hukum syarak.
“Dari situ, ia membuatkan saya terfikir lebih mendalam, kemudian saya masih tertanya-tanya “patutkah aku pakai” ?
“Ada satu masa, saya buka lagi satu surah itu mengenai cara pemakaian wanita Muslimah yang sepatutnya dan ada juga kebijkasaan disebalik ayat itu. Ketika itu, saya rasa hati saya macam terjentik lagi sekali,” kongsinya sebak.
Memulakan perjalan sebagai seorang wanita Muslimah yang tampil dengan imej bertudung, Lisa akui bahawa dia juga mempunyai kisah lampau.
“Saya terfikir satu ketika, saya rasa macam “aku ini banyak dosa dalam hidup, aku rasa macam aku tak layak nak cari Dia, tak layak aku nak minta ampun dengan Dia.
“Apabila saya ditegur oleh masyarakat, orang ramai yang dekat dengan saya, saya juga baca Al-Quran, tonton video, membuatkan saya nampak keindahan Allah dan betapa sayangnya Allah kepada kita.
“Memandangkan saya rasa banyak dosa dalam hidup saya, carilah Allah walau macam mana cara sekalipun.
“Itu yang saya lakukan. Saya ingin mencari kemaafan dari Dia,” jelasnya.
Ikuti video penuh kisah inspirasi Lisa berdurasi lapan minit di bawah.
Video/Foto : Youtube Zayan My/ Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model berdarah kacukan, Amelia Thripura Henderson akui kurang fasih dalam berbahasa Melayu, namun itu bukan halangan buatnya untuk terus aktif dalam seni tempatan.
Azamnya, dia tetap berusaha untuk menguasai bahasa kebangsaan agar lebih fasih di masa depan.
Atas hal tersebut, bintang cantik berusia 24 tahun itu sebelum ini tidak menafikan dirinya ada terima kritikan netizen kerana kurang fasih berbahasa kebangsaan.
Secara tidak langsung, ia menjadi satu pembakar semangat agar pelakon berdarah kacukan ini tetap terus mantapkan penguasaan bahasa Melayunya.
“Sampai sekarang ada juga yang bercakap mengenai tidak boleh cakap bahasa Melayu. Jadi, saya sedang berusaha dan saya benci orang cakap saya pelat.
“Namun apabila saya mahu berkomunikasi dengan kawan-kawan dalam bahasa Melayu, ia agak menjadi satu cabaran bagi saya,” katanya kepada MH.
Malah, pelakon berdarah kacukan lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan sebelum ini.
“Ibu saya dari Malaysia tetapi dia dilahirkan dan dibesarkan di London, bapa saya pula memang mat salleh.
“Jadi sudah tentu kekuatan saya adalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
“Bagi saya kalau seseorang itu tidak menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan sehariannya, tapi sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia mereka perlu tahu asas-asas untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” jelasnya optimis.
Amelia ditemui pada majlis sidang media Dewi Remaja Edisi 2019/2020 yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.
Menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program Dewi Remaja 2019/2020, Amelia merasakan itu merupakan cabaran baginya kerana pertama kali mengacara dalam bahasa Melayu.
Dewi Remaja Edisi 2019/2020 bakal disiarkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), pada setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 26 Oktober ini.
Seramai 12 peserta akan diadili dua juri tetap iaitu Yusry Abdul Halim dan pemenang Dewi Remaja Edisi 2005/2006 Scha Alyahya.
“Ebit rindu mak.” Itu luahan sebak pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika menzirahi pusara arwah ibunya.
Kongsi Ebit, dia terlalu merindui arwah ibunya yang telah menghembuskan nafas terakhir sejak beberapa tahun lalu.
“Rindu pada mak. Dulukan, masa kecil..bila sedih kena kata, kena halau, kena pukul, diumpat, difitnah sebab dakwah. Dari 12 tahun lagi mak akan peluk saya. Cium saya. Mak kata, kita buat kebaikan untuk Allah sayang. Redha Allah…Redha Allah..Redha Allah
“Rindu nak mak peluk. Mak dah berehat dekat sana. Rindu nak mak cium. Rindu nak mak tak berhenti cium Ebit, rindu dekat mak. Rindu mak masak. Rindu mak suap. Rindu nak balas ciuman mak. Tapi hari ebit cium, mak dah tak bergerak. Ebit peluk, mak dah tak peluk semula. Ebit genggam tangan mak. Mak tak genggam ebit. Maafkan ebit yer mak Ya Allah jagakan mak saya disana,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit mengimbau kembali pesanan ibunya agar sentiasa dekatkan diri dengan Allah.
“Dulu masa mak sakit. Saya call mak. Mak cakap,kalau tak sempat jumpa di dunia. Kita jumpa dalam syurga. Walau apapun jangan tinggalkan dakwah ini. Bukan sebab kita baik. Kita takde apa-apa. Tapi tanda syukur Allah kutip kita dan beri kita Islam. Kita kena kongsi Islam ini dengan semua manusia. Rasa sayang pada semua orang walau apapun. Semua orang baik. Yang tak baik tu kita.
“Mak saya selalu pesan, takper orang kata kita. Jangan kita balas. Jangan kita buat dekat orang. Sebab dunia akhirat ni Allah yang punya. Maafkan,maafkan..maafkan. terima kaseh pada semua orang,” kongsinya.
Tambahnya, ibu merupakan insan pertama yang sentiasa menemani Ebit dalam apa jua keadaan.
“Mak saya selalu teman saya belajar malam-malam masa kecil. Tertidur-tidur sebelah saya. Jika pergi buat dakwah. Mak kadang puasa atau solat jer doa.
Kami setiap hari buat Talim sama-sama dari saya 12 tahun. Mak peneman saya no 1. Betullah orang kata didunia anugerah terindah selepas iman Islam ialah kasih sayang seorang mak.
“Saya menyusun 10 jari dari hujung rambut sampai hujung kaki saya minta maaf pada semua yer. Maafkan saya yer. Saya pasti banyak buat salah pada semua.
“Nabi saw dapat kasih sayang mak sampai umur 6 tahun. Ya Allah…kuatnya Nabi saw. Allahuakbar. Rindu pada Nabi saw Adik-adik sahabatku. Jika ada mak jangan lupa peluk,cium,urut kaki mak,dengar cakap,solat doakan yer. Buat mak sentiasa senyum. Senyuman buat mak tu berharga. I love u mak,” kongsinya.