Semalam telah berlangsung majlis gemilang Nona Superhero Award anjuran Majalah Nona dan Ideaktiv. Anugerah yang dianjurkan buat julung kali itu telah  diadakan di One World Hotel, Petaling jaya dalam suasana yang meriah namun mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Antara penerima anugerah pada malam itu, kemunculan Azwan Omar atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Abang Viva’ menjadi tumpuan. Dia yang dikenali ramai dek keberanian dan juga sikap suka membantu mangsa-mangsa banjir telah menerima Anugerah Nona Superhero yang disampaikan oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai

Saat menerima anugerah tersebut, Azwan turut membawa ibunya ke atas pentas bagi mengambil trofi bersamanya. Menurut jejaka itu, anugerah tersebut didedikasikan untuk ibunya yang merupakan figura penting dalam kehidupannya.

Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai
Sumber gambar: Sinar Harian

Kisah Azwan Omar tular apabila dia datang ke lokasi banjir bagi membantu mangsa bersama kereta Viva, sebuah bot angin dan berbekal RM50 dipoket. Dari menghulurkan bantuan di Selangor dia menuju pula ke Pahang bagi menyumbangkan kudrat tulang empat keratnya dalam menyelamatkan mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai
Sumber gambar: ICITY Motorworld

Sebelum ini Azwan telah menerima sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S dan aksesori lain seperti topi keledar, beg galas dan juga jaket pemberian ICITY Motorworld Sdn Bhd.

Selain Azwan antara selebriti tempatan yang turut menerima anugerah pada malam itu adalah Awal Ashaari, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Seri Eizlan Yusof.

Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai
Datuk Jamal Abdillah
Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai
Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama Datin Nana Hassan
Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai
Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri.

Awal Ashaari dianugerahkan Nona Men’s Style Icon manakala Datuk Jamal Abdillah pula dianugerahkan Nona Men’s Legend. Datuk Seri Eizlan Yusof pula dinobat sebagai Nona Man Celebrity Achievement Award.

IKLAN

Sekadar informasi, Anugerah Nona Superhero merupakan kesinambungan Anugerah Nona Superwoman yang mana anugerah ini dikhaskan untuk memartabatkan figura-figura lelaki yang menyumbang nilai positiviti dalam bidang masing-masing.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI