Kiri, Cheslie ketika dinobatkan sebagai Miss USA 2019. Kanan, sebagai wartawan dia menemubual ramai selebriti. Kredit foto: Instagram Cheslie Kryst

Siapa sangka seorang wanita yang berjaya, cantik dan ternama mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya dengan terjun dari bangunan tinggi. Chelsie Kryst, 30, merupakan pemenang Miss USA 2019 selain memiliki kerjaya sebagai peguam, wartawan dan pengacara televisyen bagi rancangan hiburan ExtraTV.

Menurut laporan New York Post, Cheslie terjun dari bangunan kediaman mewah Orion yang memiliki 60 tingkat di 350 W. 42nd St. sekitar jam 7.15 pagi dan ditemui mati di jalan bawah berhampiran bangunan tersebut.

Cheslie Kryst, Miss USA 2019 Maut. Terjun Bangunan 60 Tingkat
Kredit foto: Instagram Cheslie Kryst

Sebelum kejadian malang itu berlaku, mendiang Cheslie ada memuat naik gambar wajahnya di laman Instagram dan meninggalkan pesan, “Semoga hari ini memberikan anda ketenangan dan keamanan.”

Wanita cantik yang memberi inspirasi kepada ramai orang terutamanya dalam dunia ratu cantik ini tinggal di tingkat sembilan bangunan berkenaan. Menurut sumber, dia kali terakhir dilihat berada di tingkat 29 bangunan tersebut sebelum nekad terjun.

IKLAN
Cheslie Kryst, Miss USA 2019 Maut. Terjun Bangunan 60 Tingkat
Menemubual Taylor Swift untuk rancangan Extra. Kredit foto: Instagram Cheslie Kryst

Menerusi satu kenyaatan, keluarga Cheslie berkongsi, “Dalam rasa yang remuk dan kesedihan mendalam, kami berkongsi pemergian Cheslie tercinta. Dia adalah cahaya yang memberi inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia dengan kecantikan dan kekuatannya.

“Cheslie mewujudkan kasih sayang dan berkhidmat kepada orang lain, sama ada melalui kerjanya sebagai peguam yang memperjuangkan keadilan sosial, sebagai Miss USA dan sebagai hos di EXTRA. Tetapi yang paling penting sebagai seorang anak perempuan, kakak, kawan, mentor dan rakan sekerja, kami tahu impaknya akan berterusan.”

Cheslie Kryst, Miss USA 2019 Maut. Terjun Bangunan 60 Tingkat
Kredit foto: Instagram Cheslie Kryst

Rakan sekerja dan majikannya di ExtraTV turut meluahkan rasa sedih mereka pemergiannya. Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut berkongsi, “Hati kami berkecai, Cheslie bukan sekadar bahagian penting dalam rancangan kami. Dia adalah sebahagian daripada keluarga Extra kami yang menyentuh hati seluruh kakitangan. Takziah kami ucapkan kepada semua keluarga dan rakan-rakannya.”

IKLAN

Menerusi tinjauan MH ke laman Instagramnya ramai selebriti terkenal yang mencurahkan rasa simpati dan terkejut. Antaranya Pia Wurzbach yang merupakan pemenang Miss Universe 2015, titipnya, “Maaf Cheslie, anda sangat baik. Terima kasih. Anda merupakan inspirasi dan disayangi ramai. Rehat dengan tenang, Cheslie.”

Cheslie Kryst, Miss USA 2019 Maut. Terjun Bangunan 60 Tingkat
Bersama Zozibini Tunzi. Kredit foto: Instagram Cheslie Kryst

Bertanding di pertandingan Miss Universe 2019 dengan membawa mesej ‘women empowerment’. Mendiang Cheslie berjaya menduduki kedudukan 10 terbaik. Pertandingan pada tahun itu dimenangi oleh Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan.

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: New York Post

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI