Dikelilingi sahabat yang memahami dan sentiasa memberi sokongan dikala sedang bersedih, Achey Bocey baru-baru ini turut menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak.
Menerusi isi kandungan surat yang diletakannya di dalam peti surat di kediaman Achey, difahamkan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Azalea, Alisha dan Adam menulis kata-kata semangat buat Achey dan Fad di atas pemergian sahabat mereka, Abam.Ā
“Assalamualaikum abang Achey, kami peminat abang Achey. Abang jangan sedih tau semenjak arwah Abam meninggal dunia. Kita sama-sama doakan arwah Abam agar tenang disana.
“Hanya kenangan yang boleh menggembirakan abang Achey dan abang Fad. Semoga amalan arwah di dunia ini diterima Allah dan semoga arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman,” baca Achey dengan nada terharu.
Kongsi Achey, dia amat berterima kasih kepada kanak-kanak berkenaan sanggup mengirim surat kepadanya kerana memahami situasinya yang masih dibelengu kesedihan diatas pemergian sahabatnya, Abam pada 10 Februari lalu.Ā
Ads
“Budak-budak pun faham, terima kasih hantar surat hingga pos ke rumah. Cantik tersusun ayat kalian,” kata Achey.Ā
Ads
Ā Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan ratusan komen.
Ā
Ā Video : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru, seorang bayi berusia kurang setahun dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit Covid-19 di Amerika Syarikat.
Pelakon, Yatt Hamzah turut meluahkan rasa sedih dan hiba atas khabar berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah menitipkan kata doa agar seluruh masyarakat dilindungi daripada wabak penyakit tersebut.Ā Ā
āALLAHUAKBAR hati kecil Bonda ini meraung .. Ya Allah Kau selamatkanlah anak2 kami dari COVID19..
āMAKBULKAN DOA IBU INI DAN SELURUH MANUSIA YA ALLAH..Seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) menjadi pesakit termuda maut akibat Covid-19, dan ia kejadian yang sangat jarang akibat pandemik berkenaan.
āBAYI dari Chicago berkenaan yang berusia kurang setahun disahkan positif Covid-19.
Pelakon Idzham Ismail berharap agar wabak penularan koronavirus (Covid-19) dapat berakhir segera.
Menurutnya, dia mahu menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan tenang dan gembira bersama keluarga.
āYa Allah, Aku mohon tiada lagi perasaan takut untuk keluar semula .
āAku mohon untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira bersama keluarga tercinta .
āAku nak pergi ke bazaar Ramadhan untuk jamu keluarga dengan juadah berbuka Puasa .
āAku mohon untuk diberikan semula kenikmatan kunjung mengunjung di Hari raya Aidilfitri .
āAku mohon untuk bersalam salaman sesama manusia semula .
āAku mohon kegembiraan yang dahulunya kami alpa dan ambil sambil lewa .
āAku mohon untuk kebebasan keluar tanpa rasa curiga,ā tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Juvana itu merayu agar rakyat Malaysia berkerjasama dalam usaha mengawal penularan COVID-19.
āKepada semua yang perlu ke saringan , kami merayu untuk pergi dan lakukannya , tidak akan dihina jika ada tanda , kami berbangga jika semua memberikan kerjasama .
āSama sama lah kita jadi rakyat yang saling fikir antara satu sama lain. Sekarang bukan masa untuk kepentingan diri sendiri lagi . .
āRindu kan masa kita boleh keluar lepak , jumpa orang tegur menegur , pergi kerja cari rezeki untuk keluarga,ā tulisnya.
Dalam perkembangan lain, kerajaan akan cuba mendapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China susulan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran tempatan.
Foto: Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous, Mikhail Isaaq menyatakan walaupun akur akan sifat isteri yang gemar menyimpan, namun sebagai suami, dia tidak mampu berdiam diri andai isteri terpaksa memendam keinginan.
Dan atas sebab itu, sempena sambutan ulangtahun perkahwinan, dia memilih kereta mewah berjenama Audi R8 untuk isteri kesayangan.
āWife aku jenis menyimpan, tapi aku jenis tak boleh if dia suka something mesti akan cuba mcm mcm cara jugak utk beli Audi R8 utk dia. Dia ingat aku beli R34 utk aku hahaha. Happy Anniversary sayang,ā kongsinya.