Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada pelakon Datin Anne Ngasri

Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri merupakan antaranya 292 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Turut berkenan berangkat pada istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkhabaran mengenai pencapaian tersebut dimaklumkan sendiri oleh kakak kepada Anne yang juga merupakan pelakon, Darling Ngasri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Darling Ngasri (@darlingasri)

“Setinggi-tinggi tahniah kepada adindaku Datin Hajah Anne Ngasri atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 hari ini (semalam).

“Teruslah menabur bakti demi agama, bangsa dan negara kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu, abang mereka yang juga merupakan pelakon terkenal, Bell Ngasri turut merakamkan ucapan tahniah buat Anne diatas pencapaian yang membanggakan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

“Macam budak-budak dapat anugerah je. Apa-apapun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan. Hanya bersyukur ke hadrat illahi dan tahniah buat adik saya Anne Ngasri dapat pingat yang cukup-cukup istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling Ngasri. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia ni yang merepek je kerjanya tak tentu hala,” kongsinya.

IKLAN

Dalam pada itu, Anne menghargai penganugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertekad untuk terus menabur bakti buat masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

“Syukur dengan izin dan limpah kurniaNya. Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.

IKLAN

“Patik menjunjung kasih dan kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Anne.

Terdahulu, memetik laporan Bernama, daripada jumlah keseluruhan 292 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, 11 individu menerima Johan Mangku Negara (JMN), 13 menerima Johan Setia Mahkota (JSM), dua menerima Johan Setia Diraja (JSD),  69 menerima Kesatria Mangku Negara (KMN) dan empat menerima Kesatria Setia Diraja (KSD).

Sebanyak 90 individu menerima Ahli Mangku Negara (AMN), 88 dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN), 12 penerima Bentara Setia Diraja (BSD), dua menerima BSD Kehormat dan seorang menerima Panglima Gagah Berani (PGB).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Bell Ngasri, Darling Ngasri & Anne Ngasri, Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI