Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa kandung dan tiri penyayang.

Walau tidak terlepas daripada dugaan, namun Aazief memaklumkan mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Aazief Khalid Syukur Miliki Ibu Bapa Kandung & Tiri Penyayang, Tak Abai Tanggungjawab Pada Anak

“Saya sangat bersyukur dengan kehidupan ini. Allah mengurniakan saya dengan dua pasang ibu bapa.

“Semua penyayang dan berbesar hati. Walaupun banyak sahaja masalah yang kita hadapi sebagai keluarga tetapi mereka tak pernah abaikan tanggungjawab dan sering maafkan satu sama lain,” tulisnya di aplikasi Thread.

Aazief Khalid Syukur Miliki Ibu Bapa Kandung & Tiri Penyayang, Tak Abai Tanggungjawab Pada Anak

Ads

Aazief Khalid Syukur Miliki Ibu Bapa Kandung & Tiri Penyayang, Tak Abai Tanggungjawab Pada AnakBelajar Perkara Baik

Katanya lagi, banyak perkara yang dia telah pelajari menerusi perkahwinan kedua ibu bapanya.

Aazief Khalid Syukur Miliki Ibu Bapa Kandung & Tiri Penyayang, Tak Abai Tanggungjawab Pada Anak

“Ibu bapa saya mengajar tentang kekuatan dan kemaafan. Ibu bapa tiri saya pula mengajar tentang penerimaan dan empati terhadap anak-anak dan menerima kami dengan hati terbuka di dalam hidup mereka.

Ads

“Syukur alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana memiliki mereka sebagai sumber teladan,” kongsinya lagi.

Aazief Khalid Syukur Miliki Ibu Bapa Kandung & Tiri Penyayang, Tak Abai Tanggungjawab Pada Anak

Dalam pada itu, Aazief baru sahaja melangsungkan pertunangannya dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Izza.

Ads

Khabar gembira dikongsikan menerusi lamam Instagram abangnya, Asyraf Khalid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semua Aazief dan pasangan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Thread Aazief Khalid, Instagram Siti Nurhaliza dan Tengku Zawiyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI