Anak sulung kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, 5, terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh skuter pada Sabtu.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 44, menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, memaklumkan proses pembedahan yang dijalani anaknya itu berjalan lancar di sebuah pusat perubatan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah proses di bilik pembedahan berjalan lancar.

“Terima kasih doktor pakar di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

“InsyaAllah Aafiyah segera sembuh ya. Amin. Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk bilik pembedahan. Tengah pujuk Aafiyah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Aafiyah Jalani Pembedahan Akibat Terjatuh Skuter, Siti Nurhaliza Mohon Maaf Terpaksa Cancel Job

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menerusi video sama, bahagian dagu Aafiyah dilihat bertampal dengan plaster dipercayai akibat terjatuh daripada skuter.

IKLAN

Susulan itu, Siti turut memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa membatalkan persembahan di saat akhir disebabkan kemalangan menimpa Aafiyah.

“Minta maaf kepada klien saya kerana terpaksa batalkan persembahan saya saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” tulisnya.

IKLAN

Aafiyah Jalani Pembedahan Akibat Terjatuh Skuter, Siti Nurhaliza Mohon Maaf Terpaksa Cancel Job Aafiyah Jalani Pembedahan Akibat Terjatuh Skuter, Siti Nurhaliza Mohon Maaf Terpaksa Cancel Job

Siti juga turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Permaisuri Agong bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insya Allah Aafiyah cepat sembuh daripada kemalangan kecil ini. Aamin ya rabb,” tulisnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI