Penerbit terkenal, Datuk A Aida, tidak menafikan sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang lelaki berstatus vip (very important person) berstatus duda yang dikenalinya sejak pertengahan tahun lalu.

A Aida, atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, bagaimanapun, masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki tersebut kepada umum.

Fasa Mengenali

“Kami mula berkenalan sejak Julai tahun lalu dan menjadi semakin akrab sekitar Disember. Setiap kali kami keluar ‘dating’, dia suka mencatat. Jadi, dia tahu sudah berapa lama kami tidak berjumpa.

“Buat masa ini, kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang duda dan mempunyai dua orang anak.

“Memang prinsip saya untuk tidak mengambil suami orang kerana saya tidak mahu melukai hati wanita lain. Apabila mengetahui dia seorang duda, saya rasa tiada masalah,” katanya.

Ads

Pemilik rumah produksi A Aida Production itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui dalam program agihan bubur lambuk anjuran Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya, pada Isnin.

A Aida Kini Rapat Dengan VIP Berstatus Duda Anak Dua – “Dengan Dia Lain Rasanya, Seperti Ada ‘Spark’.” A Aida Kini Rapat Dengan VIP Berstatus Duda Anak Dua – “Dengan Dia Lain Rasanya, Seperti Ada ‘Spark’.”A Aida Kini Rapat Dengan VIP Berstatus Duda Anak Dua – “Dengan Dia Lain Rasanya, Seperti Ada ‘Spark’.”

Berserah Pada Jodoh

Ditanya mengenai kemungkinan hubungan mereka bakal ke fasa seterusnya, A Aida menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.

Ads

“Soal jodoh, semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali satu sama lain dan hubungan kami memang rapat.

“Dia berusia 56 tahun, manakala saya 55, hanya beza setahun. Sejak tujuh tahun lalu, saya selalu berdoa agar jodoh terakhir saya sebaya dengan saya.

“Biarlah kami meniti usia tua bersama. Memang ada yang sebaya cuba mendekati saya sebelum ini, tetapi hati tidak pernah terbuka. Dengan dia, lain rasanya, seperti ada ‘spark’. Anak-anak saya juga menyukainya,” katanya lagi.

Ads

Mengulas mengenai keistimewaan lelaki tersebut di matanya, A Aida mengakui tertarik dengan raut wajahnya yang manis.

“Kita mesti mahu lihat rupa dahulu, bukan? Wajahnya ‘sweet’, cuma dia sedikit berisi. Saya minta dia ke gimnasium untuk menurunkan berat badan.

“Saya beri dia masa untuk kurus dahulu. Selepas itu, barulah boleh berbincang soal kahwin,” katanya berseloroh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI