Lapan tahun hidup sebagai ibu tunggal, pelakon Oktovia Manrose mengakui dirinya belum serik untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.

Bagaimanapun, Oktovia tidak menafikan, pengalaman lalu banyak mengajar seterusnya menjadikan ibu tunggal beranak satu ini lebih berhati-hati di dalam mencari pasangan hidup.

“Setiap kali nak teruskan hubungan, saya rasa macam… tidak mengapalah. Senang cerita, selagi lelaki itu tidak tunjuk dia mahu serius, selagi itulah saya akan buat biasa-biasa sahaja.

“Pada masa sama, saya juga sukar untuk tunjuk betapa saya sukakan seseorang.

“Tidaklah serik, kadang rasa sunyi juga. Akan tetapi mungkin sebab saya ada anak dan keluarga membuatkan tidak terlalu memikirkan mengenai soal tersebut,” katanya kepada MH.

IKLAN

Kakak kepada Aprena Manrose ini juga ada mentipkan doa agar dijodohkan dengan lelaki yang baik selepas ini.

“Dalam doa itu, ada juga minta semoga dipertemukan dengan lelaki yang baik. Sepanjang lapan tahun solo, ada dua orang yang cuba berkawan lama tapi tak ada jodoh,” jelasnya lagi.

Oktovia terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

Bahtera perkahwinan yang dibina ternokhtah di pertengahan jalan pada usia muda, Oktovia menyifatkan apa yang berlaku sebagai lumrah kehidupan.

“Saya tak rasa takut dengan gelaran janda. Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa.

IKLAN

“Meski kami jarang bertemu, akan tetapi dia tidak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik.

“Saya berkahwin pada usia 20 tahun, tahun 2011 dan bercerai dua tahun kemudian,” akuinya lagi.

Hasil perkawinannya yang terdahulu itu, Oktovia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Zafariel, 8 tahun.

Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI