Pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri menzahirkan rasa syukur selepas usahanya untuk maraih Ijazah Doktor Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM) akhirnya membuahkan hasil.
Menurut Ahmad Idham, meskipun jadualnya agak padat selepas proses penamaan calon di Port Dickson, namun dia tetap tidak mahu melepas momen bersejarah di dalam hidupnya itu.
“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol Ijazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok yang disempurnakan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.
“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan,” tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.
Katanya lagi, dia berharap agar kejayaannya itu dapat menjadi buat anak muda untuk terus menuntut ilmu diperingkat tertinggi.
Ads
“Penantian selama hampir tujuh tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk Ijazah Doktor di dalam bidang pengurusan.
“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurustadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima Ijazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama Cinderella itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya untuk menamatkan pengajian.
Ads
“Ilmu merupakan pelita yang membawa manusia keluar daripada gelap kejahilan.
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Buat para guru, penyelia dan para pendidik yang telah berkongsi ilmu dan mendidik saya selama ini, saya doakan semoga kalian semua dikurniakan rahmat dan maghfirahNya,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, majlis konvokesyen yang telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berlangsung pada Ahad.
Foto-foto sewaktu majlis konvokesyen turut dikongsikan oleh Ahmad Idham di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham juga merupakan salah seorang calon parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di parlimen Port Dickson.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Ahmad Idham Mohd Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia selepas terpilih untuk membintangi sebuah projek filem di sana.
Menurut Puteri Sarah, filem tersebut merupakan sebuah projek berskala besar dan dia kini sedang giat melakukan persediaan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bakal terlibat untuk satu projek filem di Indonesia. Saya sangat teruja dan tak sangka akan ditawarkan peluang seperti ini. Sudah tentu saya akan buat yang terbaik.
“Saya juga bakal menjalani latihan lakonan di sana dan ketika ini, saya sedang belajar untuk bertutur di dalam Bahasa Indonesia. Persediaan memang dah bermula daripada sekarang.
“Namun, saya tak boleh nak dedahkan secara terperici berkaitan filem ini. Bila mereka dah putuskan nanti, baru saya akan kongsikan,” katanya kepada MH.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, peluang tersebut secara kebetulan hadir selepas dia dipilih untuk menjadi duta bagi sebuah produk makanan tambahan.
“Baru-baru ini saya dilantik sebagai duta produk makanan tambahan. Ditakdirkan Allah mahu memberikan rezeki yang besar buat saya apabila pemilik produk tersebut juga merupakan produser bagi filem-filem di Indonesia.
“Jadi, dia mengambil saya berlakon selepas melihat kebolehan saya. Pemilihan ini dibuat bukan kerana saya menjadi duta. Tawaran ini turut diberikan kepada orang lain tetapi mereka nampak potensi saya.
Katanya lagi, dia juga telah bertemu dengan produser dan pengarah di Indonesia bagi membincangkan mengenai filem tersebut.
“Ia bukan keputusan satu pihak dan saya juga telah berjumpa dengan produser dan pengarah di sana. Mereka menilai saya sama ada boleh atau tidak bawakan watak ini.
“Tidak kisah jadi duta atau tidak, kalau mereka tak mahu, tetap tak boleh juga. Mereka ada menonton drama-drama saya sebelum ini sebagai rujukan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar segala urusannya sewaktu penggambaran nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Doakanlah segala urusan saya dipermudahkan untuk filem ini. Nantikan projek ini kerana saya bakal berlakon dengan aktor pujaan ramai. Nak tahu siapa? Nantikanlah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Teka-teki mengenai siapakah hos tetap program hiburan MeleTOP akhirnya terhawab selepas nama personaliti televisyen, Hawa Rizwana diumumkan sebagai pengacara di samping Nabil Ahmad.
Pengumuman tersebut dibuat sebentar tadi, secara langsung yang menyaksikan Hawa menerima tepukan gemuruh penonton di studio.
Malah perkongsian sama turut dikongsikan di Instagram MeleTOP.
“Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama hos ku seorang! Agituuuu min pon berpantun!
”Tu dia hos baru kita, @hawarizwana!!,” tulis akaun terbabit menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu, semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, MeleTOP tidak menemui pengacara tetap wanita, sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.