Minggu pertama program realiti, Big Stage Alpha menyaksikan enam peserta telah tersingkir sekali gus gagal mara ke pusingan ‘Big 12’ pada malam Ahad.
Berlangsung dari Royal Theatre Shah Alam, peserta yang gagal menambat hati para juri ialah Suff Ahmad, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridzwan Azman.
Pada minggu pertama ini, kesemua 18 peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan hanya 12 peserta yang berpeluang untuk membuat persembahan secara solo.
Daniel Sheer Menyerlah
Peserta asal Johor, Daniel Sheer paling mencuri tumpuan apabila persembahan secara ‘mashup’ menerusi lagu ‘Beggin’ dan ‘Malam Pagi’ melayakkannya untuk menerima markah tertinggi sebanyak 82.25%.
Tempat kedua pula diraih peserta Brunei, Rizal Rashid yang memperoleh markah 71.40% sementara Araff dengan markah terkumpul sebanyak 71.25% dan berada di posisi ketiga.
Ads
Berikut senarai markah penuh para peserta Big Stage Alpha yang bakal meneruskan saingan di peringkat ‘Big 12’;
Nasihat Juri
Walau undian penonton belum dibuka, juri tetap Big Stage Alpha, juri tetapnya, Datuk Syafinaz Selamat memaklumkan keputusan pada malam ini bukan sahaja dinilai daripada sudut persembahan tetapi juga komitmen yang ditunjukkan para peserta sejak mereka dikumpulkan tiga minggu lalu.
“Pada akhirnya, kita ingin menubuhkan sebuah kumpulan. Sebuah kumpulan itu perlu bersatu. Kita tak boleh pilih ikut suka sahaja.
Ads
“Kita juga melihat daripada aspek penampilan keseluruhan, kekuatan dan kebolehan seperti vokal dan tarian. Vokal yang baik sahaja tidak mencukupi. Mereka perlu ada skill-skill lain.
“Setiap ahli perlu menyumbang sesuatu kepada kumpulan. Mereka tak boleh diam dan menunggu arahan sahaja. Jadi, kerjasama merupakan aspek paling penting,” katanya kepada MH.
Sementara itu, seorang lagi juri tetap, Edry KRU menasihatkan para peserta untuk bijak menentukan peranan masing-masing di dalam kumpulan supaya tidak terlihat caca merba.
“Setiap anggota perlu ada peranan masing-masing. Kita tidak perlukan enam penyanyi utama. Itu akan membuatkan pertembungan sesama sendiri.
Ads
“Kita kena tahu siapa yang hebat menyanyi, bercakap, boleh dibawa ke depan dan menarik minat penonton. Nak bina sebuah kumpulan yang dibarisi enam orang memang agak mencabar.
“Karakter ketika berkumpulan dan menyanyi solo juga berbeza. Mereka kena merancang sebaiknya. Perlu beri ruang untuk kelebihan masing-masing,” katanya.
Terdahulu, Big Stage Alpha buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.
Selain Syafinaz dan Edry, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi, Hael Husaini sebagai juri tetap.
Manakala penyanyi Indonesia, Kris Dayanti menjadi juri jemputan untuk persembahan minggu pertama.
Dihoskan oleh penyanyi Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104), Astro Go dan Sooka pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril berkongsi khabar gembira selapas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi.
Menurut Dr. Say, dia berasa amat bersyukur kerana bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu telah pun dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
“Assalamualaikum Baby Safriel. Alhamdulillah 8.14 pagi 18.8.21 bini saya @azuraabas selamat melahirkan our second baby boy seberat 3.5kg dan sepanjang 51.5cm. Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yg cukup istimewa ini.
“I am now a father of two! Tak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawak Sef balik nanti. Thank you so much for your warm wishes da du’a peeps!,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Tanya Doktor itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Dr. Say turut berkongsi wajah penuh anaknya itu yang telah pun diberi nama Sefriel.
Bagaimanapun, atas nasihat daripada pihak hospital, Dr. Say memaklumkan isterinya itu tidak dapat bersalin secara normal dan terpaksa menjalani prosedur pembedahan.
“Kepada yang terlepas live semalam, bini saya bersalin caesar hari ini disebabkan pakar kami memberitahu yang bini ada 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean) sebab long time back bini pernah ada major operation pada perutnya yg menyebabkan ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya.
“Jadi kami tak mahu ambil risiko itu dan kami pilih caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini. Ace dulu pun dilahirkan melalui emergency caesar sebab tali pusat menjerut lehernya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Say turut menzahirkan rasa syukur apabila berpeluang untuk berada di sisi isteri sepanjang prosedur pembedahan tersebut berlangsung.
“Polisi @subangjaya_medicalcentre kepada para suami yg ingin menemani isteri di kala pandemik ini adalah once suami masuk bersama isteri ke hospital, suami tak boleh keluar sehinggalah isteri keluar sebab both suami isteri kena buat PCR test sebelum masuk wad.
“Saya terlepas waktu Ace lahir dulu maka kali ni saya takkan terlepas Sef lahir,” akhirinya.
Sebelum ini, isterinya, Dr. Azura telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar Ogos tahun lalu.
Pasangan ini juga telah pun terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril.
Sumber: Instagram Dr. Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai ibu, penyanyi dan usahawan Lufya Omar sentiasa mahu melihat anak tunggalnya, Laana Haura tersenyum gembira dan ceria selalu.
Meski penat mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, Lufya tetap berasa gembira kerana dapat mengembirakan permata hatinya itu.
“Fundayyy!!!! Tengok anak happy kita pun happy. Penat buat keje rumah, penat berniaga, penat jaga anak hilang bila tengok anak senyum & happy,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Malah, Lufya juga menasihati kepada orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Bilalah kita nak kembali pada kehidupan yang normal? Sama-sama kita jaga sop dengan ketat dan duduk rumah #throwback #throwback🔙 #lockdown2021
#sop #jagadiri #stayhome #covid_19 #goaway,” tulisnya sambil memuat naik foto mereka berdua.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut bercerai pada 17 Jun tahun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Syura Badron yang selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya hari ini selepas sembilan tahun bergelar ibu tunggal.
Majlis raja sehari pernikahan bintang berusia 36 tahun itu berlangsung di Masjid As Salam, Puchong, Selangor sekitar jam 12.30 tengah hari itu, disahkan isteri penyanyi Lan Solo, Shila Razlan yang juga rakan baik Syura.
“Syura sah bergelar isteri sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan. Alhamdulillah, tahniah buat Syura dan suami yang dinikahkan di Masjid As Salam Puchong.
“Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia akhiratku ini. Panjang, sangat panjang. Syura layak untuk mendapat semua kebahagiaan ini,” katanya.
Memetik Harian Metro, Shila bagaimanapun belum dapat berkongsi lanjut mengenai pasangan Syura bagi memberi ruang buat tuan badan untuk mengumumkan khabar gembira itu sendiri.
“Saya sendiri belum dapat berbual panjang bersama Syura, jadi tidak pasti butir mana yang boleh dikongsikan atau tidak.
“Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di media sosial tidak lama lagi. Syura dan suami sudah lama berkawan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Syura sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 29 Mac 2006 namun bercerai pada 29 September 2014 tetapi rujuk kembali pada 10 November tahun sama.
Kemudian pada 9 Ogos 2015, mereka bercerai buat kali kedua. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofeadan Mu, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.