Aktres terkenal, Fasha Sandha berkongsi pengalaman yang dialaminya ketika menaiki sebuah penerbangan sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya pada 30 Mac lalu.
Menurut Fasha, niatnya bukanlah untuk memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya ingin menjadikan insiden tersebut sebagai satu teguran agar mutu perkhidmatan dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Tetap Menghormati
Meskipun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata ini tetap menghormati dan memandang tinggi kerjaya pramugari, malah mengakui profesion itu pernah menjadi cita-citanya suatu ketika dahulu.
Ads
“Kenangan yang saya tak akan lupa. Namun saya sudah memaafkan, tapi untuk melupakan itu belum,” katanya.
Fasha pada masa sama turut memaklumkan, suaminya yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz turut terkejut dengan situasi yang mereka alami.
Ads
Bagaimapun Fasha menyifatkan hal yang berlaku sudah pun selesai dan memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai hal yang berkaitan.
Ads
Ikuti temu bual penuhnya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim akui dirinya kini lebih gembira selepas kembali mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Tunku Eddy Nasruan Adi.
Menurut Jeslina, dia kini sibuk menguruskan keluarga lebih-lebih lagi apabila anak-anak sudah semakin membesar.
“Kehidupan saya kini sangat gembira. Perkahwinan pun belum masuk setahun lagi. Saya kini sibuk menjaga suami. Dia seorang yang sangat manja.
“Anak-anak pula sudah semakin membesar dan mereka sibuk dengan peperiksaan. Jadi, saya bantu mereka dalam pelajaran. Mereka juga rancak dengan aktiviti sosial dan sayalah yang jadi pemandu mereka.
“Seronok bila jadi isteri ni,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Radar nyanyian Tunku Ines, baru-baru ini.
Bercakap soal gelaran ‘Cik Puan’, Jeslina yang berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman akui lebih selesa dengan panggilan ‘Jes’ sahaja.
“Saya lebih selesa bila orang panggil saya Jes. Saya masih tak biasa dengan gelaran Cik Puan itu. Kalau orang panggil saya menggunakan gelaran, saya akan minta mereka untuk panggil nama saya sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Jeslina yang popular menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu akui dirinya amat merindukan dunia nyanyian namun, keadaan suaranya kini sudah tidak lagi berada dalam keadaan terbaik.
“Saya memang rindu nak menyanyi semula. Namun, tekak saya ada mengalami masalah. Jika anda dengar suara saya juga sudah berbeza.
“Dahulu saya kerap mengalami gastrik dan doktor maklumkan ada asid di kotak suara saya. Jadi, berlaku sedikit kerosakan. Lagu-lagu dari album lama pun saya tak boleh nak nyanyikan lagi.
“Saya alami masalah ini sudah lebih 10 tahun. Diharapkan bila suara saya sudah sembuh nanti, ada pulang untuk saya menyanyi semula,” kongsinya lagi.
Selain menguruskan keluarga, Jeslina juga kini sibuk menguruskan perusahaan barangan kemas yang direka sendiri olehnya.
Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Micah, dan Keira.
Jeslina kembali mendirika rumah tangga bersama Tunku Eddy dalam sebuah majlis tertutup pada tanggal 10 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Jeslina Hashim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena ulang tahun ke-40 penubuhan, kumpulan rock legenda tanah air, Wings merancang untuk mengadakan siri konsert jelajah istimewa di penjara seluruh negara.
Menurut vokalisnya, Datuk Awie, konsert ini bakal menjadi yang pertama seumpamanya dan merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
“Kami merancang untuk mengadakan konsert jelajah tapi kali ini bukan di tempat terbuka tetapi di penjara. Perkara ini sudah pun dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri.
“Beliau sudah pun bersetuju dan suka dengan projek ini dan mahu projek ini direalisasikan. Ini adalah sesuatu yang orang lain tidak fikirkan,” ujar Awie.
Tambahnya lagi, program ini bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya satu bentuk motivasi dan sokongan buat penghuni penjara yang juga merupakan peminat muzik dan kumpulan Wings.
Wings yang bekerjasama dengan Rumah Produksi Merah turut memohon sokongan daripada mana-mana pihak yang sudi menaja bagi merealisasikan misi ini.
Menurut Awie, konsert ini tidak akan melibatkan penjualan tiket kerana ia merupakan projek kebajikan sepenuhnya.
“Saya harap anda semua dapat uar-uarkan perkara baik ini supaya kita mendapat sokongan daripada pihak penaja. Kita tidak akan menjual tiket. Ini adalah program kebajikan.
“Jadi, kami mengharapkan pertolongan daripada para usahawan atau syarikat korporat. Sebaik sahaja ada penaja, kita akan teruskan projek ini,” katanya.
Malah jelasnya, pihak penjara juga difahamkan telah meluluskan lebih 40 lokasi di seluruh negara untuk dilawati setakat ini, namun ia masih bergantung kepada kemampuan bajet semasa.
Sekiranya tidak mampu menampung kesemua lokasi, Wings akan memilih satu penjara di setiap negeri, dengan Penjara Kajang sebagai lokasi pertama.
Awie turut menegaskan, niat utama mereka hanyalah untuk menyebarkan keceriaan dan semangat kepada mereka yang berada di balik tirai besi.
Dia juga berharap agar tiada pihak mempersoalkan keputusan Wings kerana misi ini bersifat kemanusiaan dan tidak bermotif komersial.
“Kami tidak memilih tempat untuk mengadakan persembahan. Ke mana sahaja kami akan pergi. Niat kami hanyalah untuk memberikan keriangan kepada mereka di dalam sana.
“Mereka hanya duduk di dalam sel dan tidak melihat apa yang berlaku di luar bertahun-tahun.
“Jadi, apalah salahnya kami memberikan sedikit hiburan agar mereka mendapat ketenangan dan ketenteraman,” katanya.
Menurut Awie, Wings juga bersedia menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di mana-mana sahaja, asalkan dapat menyampaikan mesej positif melalui muzik dan memperkuat semangat sesama insan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun drama Bidaah telah melabuhkan tirai tayangannya di platform penstriman Viu, ia masih menjadi topik hangat dalam kalangan penonton.
Malah salah seorang pelakonnya, Riena Diana turut berkongsi pengalaman di set penggambaran apabila dia perlu menjayakan satu babak yang sukar untuk dilakukan.
“Riena kena ludah kat muka Faizal Hussein. Ampun ‘walid’. Masa buat scene ni banyak kali tanya director dengan abang, kalau tak buat, tak boleh ke? Sebab takut.
“Tapi sebab dorang sempoi dan kena faham ini hanya lakonan, buat jugak lah,” kongsinya menerusi ruang di Instagram.
Bagaimanapun, adegan tersebut difahamkan tidak ditayangkan dalam versi akhir drama, namun Riena sudi berkongsi klip sedutan babak berkenaan buat peminat.
“Cuma rasanya part ni kena cut kat drama, so Riena belanja sini sikit lah sebab drama dah habis. But still boleh tengok dekat platform Viu ok semua episod,” jelasnya.
Dalam masa sama, Riena turut meluahkan rasa terharu atas sokongan luar biasa yang diterima daripada penonton, termasuk dari negara jiran, Indonesia.
“Anyways, thank you yang dah support drama Bidaah. Especially to warga Indonesia!!! Kalian mantap. Makasih udah support ya,” tulisnya lagi.
Dalam Bidaah, Riena memegang watak sebagai Baiduri, seorang wanita muda yang dipaksa berkahwin dengan ketua kumpulan ajaran agama sesat yang digeruni, Walid Muhammad, lakonan Faizal Hussein.
Turut membintangi drama ini ialah Fattah Amin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Marissa Yasmin dan Vanidah Imran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.