Filem Bollywood sememangnya mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan MH pasti ramai juga di antara korang yang meminati filem-filem daripada negara India ini kan?

Tak dapat dinafikan, filem-filem Bollywood mempunyai jalan cerita yang padat dengan emosi sehinggakan penonton mengalirkan air mata.

Ok lah tak nak cakap banyak, jom MH share dengan korang enam filem Bollywood yang boleh buat penonton menangis.

 

1. Kuch Kuch Hota Hai

Mengisahkan dua sahabat baik dia sebuah kolej, Rahul dan Anjali. Dalam diam Anjali rupanya menyimpan perasaan terhadap Rahul namun begitu muncul pula seorang pelajar wanita bernama Tina dan telah mencuri hati Rahul. Anjali mula membawa diri dan akhirnya Rahul berkahwin dengan Tina dan dikurnikan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Anjali. Pengakhiran kisah ini penuh suka dan duka yang membuatkan penonton menangis.

 

IKLAN

2. Mann

Tanpa diduga pertemuan ketika bercuti di sebuah kapal mewah telah membuatkan Dev dan Priya jatuh cinta. Namun, setelah tamat pelayaran mereka berjanji akan berjumpa semula tetapi perjumpaan mereka bertukar menjadi satu insiden sedih apabila Priya kemalangan dan kehilangan kedua-dua belah kakinya.

 

3. Dil To Pagal Hai

Filem ini mengisahkan tentang cinta tiga segi di antara Rahul, Nisha dan Pooja. Pelbagai konflik berlaku apabila Pooja mula jatuh cinta pada Rahul.

IKLAN

 

4. Mohabbatein

Sebuah filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan dan Aisywarya Rai ini mengisahkan tentang percintaan seorang anak yang dihalang oleh bapanya. Walaupun percintaan antara Raj dan Megha dihalang namun Raj tetap mencintai Megha.

IKLAN

 

5. Kabhi Kushi Kabhi Gham

Filem ini berkisahkan tentang percintaan dan konflik keluarga yang memaparkan hubungan kekeluargaan yang sangat akrab. Kekuatan kisah cinta dalam filem ini telah membuatkan ramai penonton berlinang air mata.

 

6. Kal Ho Naa Ho

Filem ini dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan dan Preity Zinta dan ianya mengisahkan tentang cinta tiga segi antara tiga orang sahabat. Namun begitu Aman (Shah Rukh Khan) menghidap penyakit barah otak dan Rohit (Saif Ali Khan) terpaksa mengorbankan cintanya demi melihat Aman mendapatkan cinta Naina (Preity Zinta)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI