Mungkin ada yang kurang mengenali Asyalliee namun untuk pengetahuan korang semua, Asyalliee ini merupakan seorang Instafamous dan pernah memenangi Anugerah Instafamous 2017 baru-baru ini.

MH ingin mengucapkan tahniah kepada Asyalliee yang kini sudah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya pertamanya pada 12.08 tengah malam tadi.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Asyalliee menerusi akaun Instagramnya sendiri dan dia juga turut menceritakan pengalamannya untuk melahirkan cahaya mata pertamanya ini.

IKLAN

“Alhamdullilah @thelittle_hm and mommy selamat ♥️ Putera sulung saya dengan husband . 02.01.2018 pada pukul 12:08 am dengan berat 3.14kg .


 

“Ingatkan keluar baby new year, tapi Allah takdirkan 02.01.2018 . Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Saya lahirkan @thelittle_hm secara normal dengan bantuan induce . Sebab air ketuban kurang and Jalan dah buka . 


 

“Masuk labour room pukul 8:00 pm sebab jalan dah buka 4cm . Masa kat labour room tu duk tahan sakit contraction hanya Allah dan ibu ibu yang pernah mengalami je tahu . 5 jam duk tahan sakit contraction sampai cakap dekat suami “ceaser je la sayang, saya betul2 tak tahan dah ni” Suami cakap jangan sebab pintu rahim dah buka 8cm masa tu, Tapi saya tetap juga nak ceaser sampai menangis-nangis. Lepastu suami pujuk pujuk lagi , midwife pun pujuk cakap normal jer. Ceaser lagi sakit nanti. Then saya akur saja. betul juga cakap mereka . Berpusing-pusing badan saya duk tahan sakit tu, Tarik nafas hembus semua . Tahan laa sampai pintu rahim dah buka 10cm . Masa tu terus teran sampai laa @thelittle_hm depan mata saya dan suami . 



 

“Suami tak habis habis cium dahi saya semua dan dia tak habis habis bersyukur. Sebab berjaya kalau tak dia pun risau tengok saya sakit macam ni. Hehe muka macam bapaknya sebijik ! Nanti saya share gambar muka & nama anak sekali yaa untuk followers saya ♥️ Terima kasih kepada yang mendoakan saya & baby ?? Saya tak boleh tidor sebab rasa sakit jahitan tapi happy untuk story kat followers saya semua ? Allah Maha Besar , Nikmat bersalin normal ?,” tulis Asyalliee.

Tersentuh hati MH membaca pengalaman Asyalliee untuk melahirkan bayi sulungnya ini. Sesungguhnya bukan mudah untuk seorang ibu melahirkan anaknya ke dunia ini.

IKLAN

Buat semua di luar sana hormatilah ibu korang sesungguhnya pengorbanannya melahirkan kita ke muka bumi ini tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

IKLAN

MH doakan semoga bayi Asyalliee membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Asyalliee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI