Pelakon dan penyanyi, Janna Nick memuat naik video mengucapkan selamat tahun baru buat seluruh netizen.

Dalam video yang dirakam di Florence, Itali itu turut menampilkan para pelakon seperti Syafiq Kyle, Baim Wong, Remy Ishak, Eyka Farhana, Datin Seri Umie Aida, Paula Verhoeven dan Erma Fatima.

“Ucapan New Year dari Florence #Sayangketatsendatpadat #Bukancintaaku #Disebalik Khasyafmu #Lelakimelayuterakhir,” tulisnya.

IKLAN

Selain mereka, pelakon, Fikry Ibrahim juga turut muat naik foto ‘New Year’ berserta doa untuk tahun 2019 akan datang.

“Hampir selesai 2018 terima kasih semua dan maaf atas salah silap. InsyaAllah 2019 tahun yang lebih matang.

IKLAN

“Fikir sebelum berkata-kata kerna lidah boleh memecahkan ummah. Semoga kita sentiasa diberkati Allah,” tulisnya.

IKLAN

Sedar tak sedar, satu tahun sudah berlalu. Macam sekejap sahaja masa berlalu kan? Apa-apapun, MH harap agar tahun 2019 akan menjadi lebih baik daripada tahun 2018. Amin.

Foto/Instagram: Artis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI