Pelakon dan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri menzahirkan rasa syukur selepas sekolah pendidikan khas yang didirikannya bersama isteri kini bakal menjalinkan kerjasama dengan beberapa tadika swasta di seluruh Malaysia.
Menurut Ahmad Idham, usaha tersebut diadakan bagi memperluaskan lagi akses terhadap sekolah pendidikan khas sejak diusia kanak-kanak lagi.
Katanya lagi, dia sebolehnya tidak mahu para ibu bapa yang lain turut merasai kepayahan untuk menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan awal seperti mana yang pernah dia lalui lebih kurang dua dekad yang lalu.
“Alhamdulillah semalam telah termeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.
“Hampir 20 tahun yang lalu, susah untuk saya dan isteri cari Sekolah Pendidikan Khas untuk Anak saya, Ahmad Firdaus. Saya yakin dan percaya mereka yang ada anak istimewa pasti pernah melaluinya sama seperti saya,” kongsinya di laman Instagram sebentar tadi.
Ads
Pelakon sitkom, Spanar Jaya ini turut menambah, dia juga mahu memastikan anak-anak istimewa ini mendapatkan pendidikan yang terbaik terutamanya dalam aspek pengurusan diri.
“Anak-anak istimewa ini luar biasa dan mereka memerlukan sistem Pendidikan Khas yang sistematik dan komprehensif agar anak-anak ini dapat mengikuti proses pembelajaran dalam rangka untuk mendidik mereka berdikari dalam pengurusan diri.
“Saya terpanggil untuk mengisi kelompongan ini agar mereka yang mempunyai anak-anak istimewa ini dapat memberikan pendidikan sebaiknya buat anak-anak mereka,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan inisiatif ini juga bakal menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja buat anak-anak istimewa ini tetapi juga buat para ibu bapa dan pendidik.
“Saya juga mahu menyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu bapa mendapatkan pra diagnosis mengenai kelewatan anak dari segi akademik, mewujudkan program sokongan bersama komuniti ibu bapa yang ada anak istimewa.
Ads
“Dan juga menyediakan latihan untuk guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak istimewa dan melaksanakan program kekeluargaan dari masa ke masa.
“Saya mulakan di Ampang dan akan kembangkan ke seluruh Malaysia. Doakan saya,” kongsinya lagi.
Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz mempunyai seorang anak isimewa yang bernama Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 21.
Selain Ahmad Firdaus, Ahmad Idham dikurniakan tiga cahaya mata lain, Ahmad Aydeel, 18, Kintan Myra, 16, dan Ahmad Khaliff, 12.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Dr Ahmad Idham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida ada berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedang berbual-bual bersama pembantu, yang dikenali sebagai Ghazi.
Menariknya, Shahida menerusi ruangan kapsyen di Instagram, wanita yang sedang berbadan dua ini mendedahkan sebab dia mengambil lelaki berkenaan sebagai pembantu peribadinya.
“Orang tanya saya kenapa saya ambik @ghazi_ml jadi pa..sebab dia mudah dan cepat faham karenah saya.
“Kalau saya nak makan apa2 cepat dia cari….part paling best dia suka buat lawak,” tulisnya.
Malah, Shahida turut mengusik pembantunnya, berseloroh agar anak yang dikandung tidak terkenankan perangai tersendiri Ghazi.
“Saja saya usik dia nanti kalau saya bersalin harap2 anak saya tak terkenan perangai bangsawan dia,” pintanya.
Untuk rekod, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan usahawan selebriti ini juga turut mengambil seorang anak angkat.
Foto: Instagram Ghazi/Datin Seri Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rapper, Altimet berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat berganding bahu dalam memutuskan rantai Covid-19 memandangkan negara ketika ini baru sahaja mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).
Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, sekiranya seluruh rakyat Malaysia dapat berkerja sama, tidak mustahil kita dapat menurunkan jumlah kes harian Covid-19.
Terimalah kasih, negeri2 lain yg bersolidariti dgn Selangor. Kita harungi bersama. Ssssaaaaatttuuuuuuuu…!!!! ☝🏾
“Terimalah kasih, negeri-negeri lain yang bersolidariti denganSelangor. Kita harungi bersama. Ssssaaaaatttuuuuuuuu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.
Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat reaksi daripada seorang pengusaha chalet yang menyifatkan pelaksaan PKP ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendaptannya.
Bisnes smua drop bang dari bulan 1 lg…kami xde customer di chalet kami kat janda baik tu..sbb tu sy trun ke kl buat grabfood..
“Bisnes semua drop bang dari bulan 1 lagi. Kami tiada customer di chalet kami kat janda baik tu sebab tu saya tururn ke kl buat grabfood,” luah individu tersebut.
Simpati akan nasib yang menimpa individu tersebut, Altimet mendedahkan dia juga ketika ini sedang berhadapan dengan situasi yang sama.
Faham bro. Saya pun bayar gaji staff guna duit simpanan syarikat & peribadi ni.. kita bertahan sebanyak boleh. #kitajagakita. Eh. Nanti keadaan ok saya bawak famili gi Janda Baik ok? https://t.co/yzO0IONuX9
Menurut perkongsian hos Jihan Muse, dilaporkan sebanyak 12 kes coronavirus telah dilaporkan di Gaza namun hanya 40 unit ICU tersedia dan dibimbangi ia tidak mampu membendung penularan wabak dengan populasi 2 juta penduduk.
Atas dasar kemanusiaan, pengacara Gegar Vaganza itu mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu meringankan beban yang dihadapi kakitangan perubatan di sana. Malah jelasnya menerusi tanda pagar, kita merupakan barisan frontliner Gaza menerusi sumbangan yang disalurkan. Sasaran yang ditetapkan ialah RM1.5 juta untuk membantu Gaza membuat persediaan menghadapi wabak.
“Bismillahirahmanirrahim. Takkan pernah bosan takkan jua berhenti. Selagi hayat dikandung badan. InshaAllah.
“Selepas subuh ni, mesti semua capai handphone nak tengok perkembangan di social media kan? Mesti ade jugak yg plan nak bersedekah sebab harini hari jumaat kan? Tapi tak decide lg nak bg pada siapa?
“Ya Allah bukakanlah hati semua yg membaca ni utk terus membuka link ini emergency4gaza.com . Pindahkanlah sejumlah wang anda ke sana.
“Kalau semalam atau kelmarin kita dah bantu saudara kita di Malaysia, hari ini jom lah kita bantu mereka di Gaza sana. Kalau kita lupa keadaan mereka di sana sebab kita juga susah di sini, selalulah jenguk @nadiralnuri dan @cintagazamalaysia utk tengok LIVE UPDATE yg paling dekat dgn jiwa kita dari org kita,” antara kapsyen yang tertera pada entrinya di Instgram.
Penampilan pelakon jelita, Nelydia Senrose menjadi sorotan selepas dikatakan sudah tidak lagi berhijab sejak Jun tahun lalu.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik...