Pernah menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah, kisah dua beradik, Zarif Azrie Zahari bersama Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap ‘slim fit’, Mjestic cukup memberi inspirasi

Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam menjadi bukti mereka komited dalam bisnes yang dilakukan.

Zarif, 31, abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.

“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.

“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.

“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.

Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.

IKLAN

“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.

“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.

Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal dan setakat ini, lebih 15,000 helaian terjual.

“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya secara fizikal.

IKLAN

“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.

“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualan  secara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntungan  jualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.

“Tak Sangka Kawan Pun Nak Tempah Juga,” – Asbab Bela Kucing, Dua Beradik Kacak Ini Syukur Nikmat Rezeki Jual Baju Melayu Viral “Tak Sangka Kawan Pun Nak Tempah Juga,” – Asbab Bela Kucing, Dua Beradik Kacak Ini Syukur Nikmat Rezeki Jual Baju Melayu Viral“Tak Sangka Kawan Pun Nak Tempah Juga,” – Asbab Bela Kucing, Dua Beradik Kacak Ini Syukur Nikmat Rezeki Jual Baju Melayu Viral

IKLAN

Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.

“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’  menawan kerongsang bunga di poket.

“Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.

Sementara itu, pihaknya juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/hNmqkJiXUPc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI