Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya pernah nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah mengganggu serta membulinya di alam siber.
Bagaimanapun, dia memutuskan untuk tidak meneruskan laporan tersebut atas dasar simpati serta menghormati bapa kepada individu berkenaan.
“Kena kacau dan buli siber dengan teruk tapi tiada siapa nak pertahankan I. Pergi report polis tapi kesian punya pasal, tak teruskan.
“Bapak dia minta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Namun, Sarah mendedahkan individu berkenaan dilihat seakan tidak serik dan kembali menganggu ketenteramannya.
Enggan lagi memberi muka, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap individu terbabit.
Bagaimanapun, sehingga kini Sarah masih belum lagi mendedahkan mengenai siapakah gerangan individu yang mengganggunya itu.
“Alih-alih kena kaca dua tiga kali lebih teruk. Tak pernah habis. Menyesal tak teruskan dulu.
“Sekarang, dua orang peguam akan datang kepada kamu. Berdialah, mana mahu lari,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Sarah.
“Awak laya dapat yang lebih baik. Satu Malaysia sokong you.
“Kami satu Malaysia sokong awak. Dengan doa daripada kami, semoga dipermudahkan segala urusan.
“Come on. Jangan bagi muka.
“Hati you kering sis. I sokong you.
“Semoga kemenangan berpihak untuk awak. Ameen,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video berdurasi 15 saat itu telah meraih lebih 1 juta tontonan dan dihujani ribuan komen di Tik Tok.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram. Sarah kini dilihat sedang bercuti bersama anak-anaknya di Istanbul, Turki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Puteri Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila kisah rumah tangga pelawak Tauke dan isterinya, Nadia Mohd Affandi yang mendakwa dia telah diceraikan melalui kiriman rakaman suara aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, Tauke menjelaskan bahawa dia tidak pernah melalukan perkara sedemikian (penceraian) di akaun Instagramnya.
Namun, posting tersebut telah dipadam Tauke.
Baru-baru ini juga, Tauke ada memuat naik sepotong video bersama anaknya, Zamatul Kayla Aydina dengan intonasi suara yang sayu dan lembut.
“Papa tahu papa jahat nak.. Tapi papa tak sanggup tinggalkan kau, tau.” kata Tauke sambil mengendong anaknya itu.
Video tersebut memaparkan gelagat Tauke yang sedang berkomunikasi dengan anaknya yang kini berusia 2 bulan 1 minggu.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap video tersebut.
Untuk rekod, Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Kayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.
Video : Instagram Tauke
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu.
Berkongsi perasaan sejurus selesai akad nikah, bintang Kamar Kamariah itu memanjatkan rasa syukur kerana berjodohan dengan insan beriman yang didambakan selama ini.
“Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata. Berkat doa semua yang mahu melihat saya mendirikan rumah tangga, akhirnya saya bertemu dengan suami, seorang lelaki beriman yang sayangi dan terima diri seadanya.
“Saya gembira di sampingnya. Alhamdulillah kita berjaya lakukannya bersama. Terima kasih buat semua yang hadir dan seterusnya mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan bulan madu, pasangan yang awalnya mengikat tali pertunangan 23 Februari lalu ini merancang menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Setakat ini, kami ada rancang untuk bulan madu di Mekah. Cuna atas isu semasa yang berlaku, mungkin kami akan melancong di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami ambil cuti lebih sebulan untuk fokus dalam proses persiapan perkahwinan.
“InsyaAllah kami mungkin bercuti di dalam negara kira-kira seminggu sebelum masing-masing fokus pada kerjaya,” akui Tasha.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah kira-kira jam 9.59 pagi, 28 Februari lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam hari sama.
Penyanyi Asheed (Def Gab C) diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu suku akhir sekaligus gagal melangkah ke peringkat seterusnya.
Asheed yang menyampaikan lagu Lena Diulit Intan yang dipopularkan oleh Wings hanya memperoleh 58.60 peratus markah, menduduki tempat yang paling rendah minggu ini.
Sementara itu, persembahan bertenaga Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child berjaya meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 85.30 peratus.
Hazrul Nizam dan Jaclyn Victor masing-masing menduduki kedudukan ketiga dan keempat dengan 81 peratus dan 80.50 peratus.
Berikut kedudukan markah kesemua bintang bertanding minggu ini;
Bertemakan You Like, I Like, 9 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000.
Manakala bintang yang diumumkan sebagai pemenang ketiga akan menerima RM30,000.
Tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
GV9 mula bersiaran 18 September lalu Auditorium MBSA, Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Saat pengebumian penyanyi popular era 80-an, Putri Zizi Novianti atau lebih dikenali sebagai Puput Novel pagi tadi, ibunya yang dikenali sebagai Susi dilihat menangis...