Penyanyi Hael Husaini meluahkan rasa syukur kerana anak angkatnya, Helena Hael kini membesar dengan baik dan sihat.
Malah, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Helena yang ke-2 tahun.
“2 years ago i was scared yet you gave me life
“16 tahun lagi slide post ni HELENA HAEL. Happy birthday 2 years ago i was scared yet you gave me life.. 16 tahun lagi slide post ni HELENA HAEL. Happy birthday,” tulisnya.
Video yang dimuat naik Hael itu memaparkan reaksi Helena ketika masih bayi.
Menjengah di Instagram Helena pula, dia sering berkongsi gambar dan video bersama Yayah (nama panggilan Ayah) yang pastinya memberikan kenangan manis buat dua beranak ini.
Usahawan Tya Arifin telah selamat melahirkan bayi perempuan jam 9.21 pagi tadi.
Berita gembira itu telah dikongsikan suaminya, Asyraf Khalid di Instagramnya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, @tyaarifinnw has safely given birth to our 2nd baby, a baby girl today at 9.21am. Praise to Allah. Welcome to the world baby Azzahra Jiwa Asyraf @azzahrajiwaasyraf ,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tya yang juga menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga ada memuat naik gambar bersama bayinya yang diberi nama Azzahra Jiwa.
“Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa bin Muhammad Asyraf @azzahrajiwaasyraf ,” tulis Tya.
Malah, Tya juga telah menubuhkan akaun Instagram Azzahra yang kini sudah memiliki hampir 5,000 pengikut.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa yang kini berusia 2 tahun.
Pengarah Michael Ang yang memeluk Islam sejak Februari 2018, namun merahsiakan hal tersebut sehingga petang semalam memberitahu, dia ada sebab tersendiri berbuat demikian.
“Sebenarnya sejak umur 14 tahun saya hanya percaya yang saya hanya ada satu Tuhan sahaja.
“Akan tetapi ketika itu juga, saya masih mencari-cari sehinggalah saya ada alami satu mimpi,” kata Michael kepada MH.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Ditanya mengenai perkembangannya dalam menjalani ibadat, pengarah ini mengakui ada beberapa ketika dia masih menggunakan bahasa Inggeris.
“Saya masih solat dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, saya ada cuba untuk guna bahasa Arab, tapi perlahan-lahan belajar sebab lidah saya ni jenis susah sikit.
“Masakan tidak, bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris pun masih ada pelat,” selorohnya.
Pada masa sama, Michael yang masih mengekalkan nama sama ini turut menjelaskan, dia masih lagi belajar mendalami Islam.
“Selama setahun ni, apa yang saya belajar tentang Islam adalah jangan cepat menghukum seseorang.
“Misal kata kalau orang tu buat salah, kita tegur dengan cara baik. Jangan terus nak judge orang tu macam-macam.
“Islam agama indah. Setiap orang ada sebab kenapa dia buat mcm tu (perkara yang tak berlandaskan ajarqn Islam), kita sebagai saudara Islam tegur, nasihat dan selebihnya biarlah Allah yang menentukan,” kongsinya lagi.
“Bila ko nak melepak berdua kat umah.. xkan berjaya sb hanya 5minit saja ko akan merasa.. selebihnyaaaaaaaaaaaaaaa sume akan menempel.
“Nape eh.. anak2 korg pon sama ke akan selit bila tgk kita somi isteri duk sblh2…? Normal kan?? Baru masok bilik trus dtg ketuk.. papaaaaaaa oo papaaa.. boleh masok??,” tulisnya.
Lalu, kenyataan yang dibuat Ozlynn dihujani dengan komen netizen, termasuk rakan selebriti.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.