Kumpulan K-Clique bakal melancarkan buku biografi sendiri tidak lama lagi yang berkisarkan mengenai perjalanan kesemua anggotanya dari awal penglibatan dunia seni sehingga kini.
Perkara tersebut dikongsikan dua anggotanya, MK dan Tuju ketika hadir meraikan pembukaan rasmi Atsky Dine Chill And Event di Damansara, baru-baru ini.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan menjelaskan, buku biografi yang berjudul Merais itu berkisar mengenai perjalanan hidup mereka.
“Buku tersebut sudah pun berada dalam fasa terakhir penerbitan. Tunggu masa untuk lancarkan sahaja.
“Jujurnya untuk tahun ini, kami sebenarnya sudah pun mempunyai beberapa projek istimewa.
“Bagaimanapun, Allah SWT turunkan dugaan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.
“Kami reda dan perlu susun balik setiap perancangan terdahulu,” katanya.
Mengambil judul sama seperti single terkini mereka, Tuju menambah, idea menerbitkan buku tersebut sebagai penghargaan selain mendekatkan lagi kumpulan tersebut dengan peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan.
Ads
“Insya-Allah dalam tempoh beberapa bulan ini, kalau ada rezeki kami akan lancarkan buku tersebut.
“Tajuknya sama seperti single baru kami iaitu Merais. Secara umumnya, buku ini menjelaskan tentang bagaimana kami bermula dalam bidang muzik,” katanya.
“Ramai yang ingin tahu mengenai K-Clique, macam mana kami boleh bertemu hingga tertubuhnya sebuah kumpulan dan sebagainya.
“Kami sendiri yang tulis dan ia disunting serta diperkemaskan oleh editor yang dilantik.
“Dalam buku tersebut, setiap ahli kumpulan ada akan ada bahagiannya sendiri.
Ads
“Ya… 100 peratus jujur daripada kami. Biarlah pembaca kenal kami ni siapa. Memang teruja untuk melancarkan buku berkenaan.
“Harap ia boleh jadi inspirasi kepada semua juga.
“Meski kami pun bukanlah siapa-siapa, akan tetapi kami berharap kalau ada yang ingin tahu mengenai kami lebih baik, boleh milikinya apabila ia menjengah pasaran kelak,” akhiri MK.
“Saya memang berminat untuk ceburi bisnes Food & Baverage (F&B) dan teringin untuk miliki kedai di atas bumbung. Menikmati hidangan sambil diiringi persembahan busking.
“Jadi bila terjumpa lokasi ini, ia ada konsep yang saya inginkan. Perancangan untuk jalankan operasi Atsky bermula sejak tahun lalu dan alhamdulillah ia dipermudahkan,” jelasnya.
Ali Ikhwan turut menjelaskan, menu hidangan di Atsky juga terdiri daripada menu tempatan dan antarabangsa selain ia boleh memuatkan kapasiti kira-kira 500 pengunjung pada satu-satu masa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi beberapa keping foto sesi makan malam romantis bersama isteri, Wawa Zainal bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
Seiring dengan perkongsian indah tersebut, Aeril menerusi Instagram turut menitipkan kata teristimewa buat isteri tersayang.
“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini. Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.
“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak, dipukul badai ujian.
“Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua,” tulisnya.
Aeril pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas segala momen yang dikecapi mereka selama ini.
“Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini.
“Terima kasih segalanya sayang. Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian.
“Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.
Terima kasih sayang untuk semuanya, kutulis ini kerana hari ini ulang tahun pernikahan kita yang ke-10,” tulisnya lagi sambil memohon moga hubungan yang terjalin kekal selamanya.
Sementara itu, Wawa juga turut memberikan dedikasinya buat Aeril.
Sekadar informasi, pasangan selebriti ini kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri yang dilahirkan 30 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri mahligai cinta yang dibina.
Setelah hampir 6 tahun berkahwin bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata mereka masih menanti untuk dikurniakan permata hati sebagai pelengkap sebuah keluarga.
“Kalau sentuh tentang hal anak, masih belum ada lagi rezeki untuk ke arah itu. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik sahaja.
“Malah saya tiada jawapan bilakah saya akan dikurniakan anak, hanya berserah sahaja pada Allah SWT.
“Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma Dia sahaja yang tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk saya berpeluang untuk jadi ibu dan ada anak,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 3 (AF3) ini menjelaskan, dia dan suami tidak merancang. Sebaliknya terbuka mengenai soal tersebut.
“Sejujurnya, saya dan suami memang tidak merancang namun untuk soal hamil itu semua dengan izinNya.
“Masa mula-mula kami kahwin, sebenarnya kami memang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki awal dan kami memang berserah.
“Cuma belum lagi ada, harap semua sama-sama mendoakan agar saya dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak sendiri, insya-Allah,” katanya.
Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga ahli perniagaan itu pada 31 Disember 2015.
Bintang ini menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan juga finalis rancangan Maskulin Who’s Your Bro (WYB), Theebaan G atau nama sebenarnya Theebaan Govindasamy berkongsi nasihat tentang sikap manusia yang suka...