Pelakon, Siti Elizad akui kurang selesa dengan sikap segelintir pelakon masa kini yang suka meninggi diri dan berkelakukan seperti ‘diva’ ketika di set penggambaran.
Menurut Elizad, populariti seseorang artis itu tidak akan bertahan lama melainkan mereka menjaga imej dan keperibadian mereka sejak awal pembabitan di dalam bidang seni.
“Saya tak faham dengan sikap segelintir pelakon yang nak memilih bulu. Saya selalu ingatkan diri saya, setiap pelakon ini ada musim-musim mereka. Ketika ini mungkin musim orang lain.
“Saya selalu pesan kepada pelakon-pelakon sekarang, kalau datang ke set dengan perangai seperti diva, 10 tahun lagi anda akan tetap berada di situ ke? Kita tak nak orang cakap perkara yang tidak baik.
“Kalau boleh, apa yang kita tinggalkan sebelum ini, biarlah dengan adab dan rasa hormat. Bila 10 tahun nanti dan kita berlakon semula, orang akan ingin sifat kita yang baik-baik. Kita kena pandai bawa diri,” katanya kepada MH.
Bekas penyampai radio Sinar FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara One Astro Fan Fest yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada Ahad.
Ads
Dalam pada itu, Elizad turut mendedahkan dia tiada masalah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja ketika di set penggambaran walaupun tugasan mereka hanya kecil.
“Sejak awal pembabitan di dalam bidang lakonan, saya sudah terbiasa menjalani rutin bersama senior iaitu, makan bersama ketika di set. Dahulu, kita tiada media sosial. Hubungan itu lebih kuat.
“Pada saya, kerja ini merupakan satu ibadah. Jadi, bila dapat eratkan silaturahim, itu juga rezeki buat kita. Bila datang ke set, ambil la peluang bergaul dengan semua orang.
Ads
“Tiada istillah memilih kawan ketika di set. Saya boleh duduk dengan abang-abang yang buat air, lightingman dan sesiapa sahaja. Tanpa mereka, sesebuah produksi itu tidak akan berjalan dengan bagus,” katanya lagi.
Ditanya adakah sikap seperti ini yang membuatkan namanya kekal relavan sehingga hari ini, Elizad akui bersyukur kerana dia didik dengan keras sewaktu awal kemunculan di dalam industri seni.
Ads
“Saya merasakan diri ini masih kecil. Mungkin sewaktu saya mula-mula masuk industri, saya dididik dengan pelakon-pelakon senior yang bagi saya agak garang seperti Eman Manan.
“Namun, bila kita pandai bawa diri, mereka ini bukan nak tunjuk garang tapi mereka nak tunjukkan bahawa mereka ini berdisiplin.
“Bila datang ke set, apa yang kita kena tunjukkan adalah bakat. Jadi, belajarlah. Jangan disebabkan ketika ini kita ada nama, kita rasa diri ini hebat.
“Setiap pelakon ini ada cara dan ilmu mereka, ambil peluang untuk belajar,” akhirinya.
Terdahulu, Elizad bakal muncul menerusi drama terbaharu yang berjudul Berbahagi Suami yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin menyokong keputusan pelawak dan penyampai radio, Shuib untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Zarina menyatakan sokongannya menerusi ruangan komen satu portal berita yang menyiarkan artikel tentang perancangan Shuib untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
“Biarlah orang tu nak kahwin, dia lelaki mana boleh tahan lama-lama. Kesian dia.
“Maid boleh cari dan jaga anak-anak. Dia pun nak bahagia juga, takkan nak murung sepanjang hidup,” tulis Zarina.
Terdahulu, Shuib pernah meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir netizen yang sehingga kini seolah-olah tidak berpuas hati dengan hubungan rapatnya bersama Watie.
Menurut Shuib, hubungan mereka mendapat restu daripada ibunya malah menyifatkan Watie mempunyai sikap penyayang sama seperti arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
“Dia seorang insan yang boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya,” kata Shuib.
Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah.
Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Remy Ishak menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34), tahun ini.
Menurut aktor kacak berusia 39 tahun itu, dia mengumumkan perkara tersebut untuk bagi memberikan peluang kepada individu lain yang dirasakan lebih layak.
“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.
“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang saya berpendapat, peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya,” kongsinya menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories, pada Rabu.
Sebelum ini, Zul Ariffin turut mengambil keputusan untuk menarik diri anugerah tahunan berkenaan bagi memberikan fokus kepada kerjanya dan produk seninya akan datang.
Untuk rekod, Remy pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH, iaitu Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah pada ABPBH ke-32, selain menyandang trofi Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH23.
Bagi edisi tahun ini, Remy tercalon dalam kategori Pelakon Drama Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hantaran terkini pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menjadi sorotan warganet di media sosial apabila dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kanan dan dahi selepas terkena percikan mercun bola di halaman rumahnya, malam tadi.
Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, petik mStar berkata, insiden berlaku susulan tindakannya yang lewat membaling mercun berkenaan.
“Biasalah main mercun bola, lupa buang cepat-cepat dan ia meletup dekat tangan.
“Nasib baik kuku sahaja pecah dan dahi ada sikit berdarah… bertanda,” katanya.
Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Naim meminta ramai supaya berhati-hati semasa bermain mercun bagi mengelakkan kejadian malang seperti itu.
“Jangan main mercun… hati-hati dengan keadaan sekeliling kalau tidak jadi macam saya. Saya pun dah main bunga api sahaja sekarang ini,” ujarnya sambil berseloroh.
Terdahulu, Naim memuat naik beberapa hantaran di Insta Stories sejurus kejadian sambil menunjukkan bahagian badan yang tercedera.
Hantaran berkenaan mendapat reaksi pantas daripada peminat dan rakan artis yang tumpang simpati atas apa yang berlaku.
Malah rata-rata yang risau turut mendoakam agar bintang itu segera pulih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.