Momen paling berharga dalam diri seorang yang bergelar ibu adalah ketika melahirkan permata hati.

Tambahan pula, momen tersebut adalah saat melahirkan cahaya mata sulung.

Ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup apabila dianugerahkan zuriat hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta.

Jadi, MH senaraikan 10 selebriti wanita yang selamat menimang cahaya mata setakat Oktober ini.

1. Elfira Loy 

Sepakat memilih nama anak sulung Muhammad Rayyan Khalaf, pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar teruja akan kehadiran ahli keluarga baru.

Rayyan yang lahir pada 1 Oktober lalu seberat 3.68 kg di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

2. Kaka Azraff

Popular dengan lagu Diamond, penyanyi Kaka Azraff dan suami, Adam Azriff dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aslan.

Aslan dilahirkan pada 11 Oktober lalu.

Kaka dan Adam bernikah pada 14 Disember tahun lalu dan mengadakan majlis respsi pada 24 Disember dengan tema melayu-klasik.

3. Ika Nabella

Baru sahaja menimang cahaya mata sulung malam tadi (23 Oktober), pelakon Ika Nabella berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya.

IKLAN

Telah mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016,  suami Ika iaitu Zaid menyerahkan mas kahwin RM1,008 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.

4. Che Puan Juliana Evans

Popular dengan filem Kami The Movie, pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 13 Julai lalu.

Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.

View this post on Instagram

This is what dreams are made of 💕

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

5. Anzalna

Tiga tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 21 Februari 2016, Anzalna dan suami, Hanif Zaki akhrinya dikurniakan seorang bayi lelaki comel bernama Mohamad Eidrees.

Eidress dilahirkan pada 31 Mei di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

IKLAN

6. Mawar Rashid

Pelakon Mawar Rashid memilih Raden Ahmad Faizal Yaakob sebagai pasangan hidupnya.

Bergelar isteri pada Disember 2017, Mawar selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 14 Mac lalu.

Sepakat memberi nama Raden Muhammad Rafael, bayi comel itu sentiasa mengukir senyuman tatkala wajahnya di rakam lensa kamera.

View this post on Instagram

Raden kecik & Raden besar ku. Tak boleh bayangkan macam mana kalau hidup Mawar tanpa you all. Sebelum ada anak Macam tak terfikir pun benda2 camni, sekali bila dah ada anak ni, automatically mematangkan mindaku 😆 Bila jadi Mak ni, Mawar perasan diri Mawar jadi lebih menghargai setiap benda dalam kehidupan Mawar, seperti manusia sekeliling Mawar, bersyukur ada hubby, ada anak, ada mommy, ada MIL, ada Adik beradik yang Ku terlampau sayang. Mawar jadi lebih menghargai masa Mawar, lebih menghargai rezeki yang Mawar dapat, menghargai semua benda lah. And that’s the power of being a MOTHER. I LOVE YOU ALL MOMMIES OUT THERE. MUAH2 💋 • #5monthsoldbaby #MawaRadens baju Rafael from @mothercaremalaysia ok.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

7. Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah teruja apabila kehadiran anak sulungnya, Seth Uwais merupakan malam Hari Merdeka.

Seth Uwais dilahirkan pada malam merdeka, tanggal 31 Ogos 2019 dan bersempena Awal Muharram mengikut kelendar Islam seberat 2.88kg.

Shila dan suami, Haris Idraki Elias pada 19 April tahun lalu.

IKLAN

8. Mell (Sakura Band)

Vokalis kumpulan Sakura Band, Melley Matius atau mesra disapa Mell berkahwin dengan ahli kumpulan 6ixth Sense iaitu Mohammad Safwan (Wan) pada Sepetember 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Marissa Sofea  seberat 3.00 kg.

9. Cristina Suzanne

Pelakon, Cristina Suzanne Stockstill mendirikan rumah tangga bersama M Faiz Zakaria pada 30 Mac tahun lalu.

Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Noah pada 31 Ogos lalu.

View this post on Instagram

Ketupat rendang 🎶🎵🎶 #TeamRayaKuantan

A post shared by Cristina Suzanne (@cristinastockstill) on

10. Tasha Manshahar

Bekas penyanyi Tasha Manshahar sering berkongsi pengalaman dan tips ketika bersalin menerusi Instagramnya.

Telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Raqib Majid pada  8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Mereka dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi  pada 21 Jun lalu.

Foto : Instagram Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI