Nama pelakon Amar Asyraf tiba-tiba menjadi perhatian apabila bintang berusia 33 tahun itu dikaitkan dalam kontroversi cinta bersama seorang gadis, sebagaimana yang didakwa gadis berkenaan menerusi media sosial.

“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami.

“Saya juga berharap, penjelasan ini dapat menutup semua isu yang tercetus. Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi.

“Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan,” katanya yang masih berstatus suami orang.

Pada masa sama, Amar turut salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi.

IKLAN

Ditanya mengenai reaksi isterinya iaitu Arna Salleh mengenai hal berkenaan, Amar seprtti yang dipetik Berita Harian mengakui hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar.

IKLAN

“Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain,” katanya lagi seperti yang dipetik.

Terdahulu, seorang gadis yang dikenali sebagai Ellika Azman ada membuat pendedahan, mendakwa dirinya hampir mendirikan rumah tangga dengan pelakon lelaki popular berstatus suami orang.

IKLAN

Ellika menerusi Instagram, turut berkongsi beberapa gambar dan video bersama, selain mendakwa, dia berbuat demikian kerana tidak mahu ada wanita lain di luar sana melalui hal sama.

Difahamkan, keduanya berkenalan saat membintangi pementasan teater, Puteri Saadong di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, pada Ogos, tahun lalu.

Amar atau nama lengkapnya Amar Asyraf Zailudin mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Amar Asyraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI