Penyanyi Kaka Azraff telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff, seorang usahawan pada hari Jumaat, 14 Disember 2018 jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangordengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup.
Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itudihadiri olehkaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.
Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.
Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.
Bagi meraikan cinta pasangan mempelaiini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis. Tahniah kakak dan suami!
Foto: Warner Music Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad ada berkongsi mengenai regim kecantikan yang dilakukan, khusus bagi mengekal dan menjaga penampilannya agar tampak yakin sentiasa.
Katanya, dia agak takut untuk mengambil mana-mana suplemen, lalu dia lebih gemar untuk mengamalkan petua kecantikan dengan cara sendiri.
“Kakak saya rajin blend buah tomato,lobak merah dan timun untuk dijadikan minuman. Memang sangat elok untuk wajah.
“Saya hanya akan tambah sedikit stevia sebagai pemanis. Minuman ini saya selalu amalkan pada waktu pagi, 3 kali dalam seminggu,” kongsinya.
“Saya takut untuk mengambil apa-apa suplemen cuma saya amalkan pengambilan cuka epal and it works like wonder. Sangat bagus kerana ia membantu proses detoks dalam badan,” jelas Uyaina seperti yang dipetik Hijabista.
Malah, bintang cantik ini juga pernah berkongsi cara-cara membuat masker dengan cukup mudah!
Ditanya mengenai caranya dalam menjaga tubuh pula, Uyaina mengakui badannya cepat naik. Lalu dia turut mengisi masa di gim.
Pada masa sama, dia turut mengawal pengambilan kuantiti makanan, seperti nasi.
“Kalau macam saya, saya mengawal pengambilan nasi dan tidak menikmatinya setiap hari. Cukup sehari sekali.
“Contohnya jika hari ini saya makan nasi, lagi 2-3 hari baru saya akan menikmatinya kembali.
“Untuk kekalkan stamina pula, saya akan selalu joging, lari, lakukan kardio dan squad. Biasanya dalam 30 minit hingga sejam, kata pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini.
Foto: Instagram Uyaina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan itu, kelihatan netizen memohon agar Mia bersabar.
Mia bagaimanapun tidak memberi butiran jelas terhadap status yang dimuat naik
Sebelum ini, perkahwinan Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan dikatakan bergolak apabila suaminya dikatakan ada berlaku curang.
Bagaimanapun, bintang sukan itu menafikan dakwaan tersebut.
Selepes konflik berlaku, pasangan ini dilihat pergi bercuti ke Tokyo bersama anak mereka, Sayf Issa yang dilahirkan pada 28 September lalu.
Apa-apapun, MH doakan bahawa jodoh mereka masih lagi berpanjangan!
Foto/Instagram: Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!