Baru Sebentar tadi kita telah dikejutkan dengan berita tentang permohonan cerai yang telah dilakukan oleh pemuzik, serta suami kepada pelakon Izreen Azminda terhadap isteri pertamanya Intan Liyana.

BACA:

Suami Izreen Azminda Failkan Pemohonan Cerai Buat Isteri Pertama

IKLAN

Seperti yang tertera di daam artikel ini, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid dikatakan menuntut permohonan cerai kerana tidak lagi sefahaman dengan isteri pertamanya itu.

Namun baru-baru ini melalui laporan Berita Harian yang menghubungi sendiri tuan punya badan telah diberitahu dirinya bersama Intan tidak sanggup membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka kerana tiada hati untuk hidup bersama lagi.

IKLAN

Menurutnya lagi, perkara ini mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berpisah dengan isteri pertamanya itu.

“Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya kepada Berita Harian.

Ude turut menegaskan tidak akan mengabaikan kebajikan isteri pertama dan kedua orang anaknya Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1.

IKLAN

Bagaimanapun Ude memberitahu dia agak terkejut mendengar kononnya dia sudah melafazkan cerai kepada isteri pertamanya sedangkan kes ini masih dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

SUMBER: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI