Terkejut MH apabila diberitahu pasangan Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid (Suami kepada pelakon Izreen Azminda) bersama isteri pertamanya Liyana Saleh bakal bercerai setelah suaminya itu menfailkan permohonan cerai.

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai yang telah dimohon pada 30 November 2017 yang lalu.

Tidak tahu apakah salah dan di mana silapnya, setelah enam bulan bermadu, Liyana kelihatan sungguh sedih atas keputusan suaminya itu kerana akui masih menyanyangi suaminya itu sehingga hari ini.

IKLAN

“Sehingga hari ini, saya masih sayangkan Ude,” kata Intan Liyana Saleh dalam keadaan sebak.

 

“Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami.

 

“Kami sudah tidak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Intan akui Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang namun hubungan mereka semakin rengang sejak November yang lalu.

MH difahamkan antara alasan yang menjadi sebab mereka perlu bercerai adalah kerana tida sefahaman di antara Ude dan isteri pertamanya itu.

IKLAN

Bagaimanapun Mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan akan dibicarakan semula pada 22 Mac depan.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI