Wow! Ada kembar Shah Rukh Khan la dekat Malaysia. Tular di media sosial baru-baru ini apabila tersebarnya sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang mirip dengan wajah hero Bollywood terkenal tersebut.

Foto itu telah dikongsi menerusi akaun Instagram seorang pengguna yang bernama Alha Alfa.

A post shared by alha alfa (@alhaalfa) on

Menerusi ruang kapsyen gambar tersebut pula Alha menulis,

“Hahaha ni je mampu, naik juling mata.. belanje la sikit~ korg nak bagi bape bintang? muka jawa ni nak di bollywoodkan #brocuba,” tulisnya.

Alha adalah merupakan seorang juru mekap artis jadi tidak peliklah jika dia boleh menghasilkan mekap pada wajahnya dengan meniru raut wajah hero terkenal tersebut.

IKLAN

Rata-rata pengikut di akaun Instagramnya telah memuji kecekapannya dalam meniru wajah pelakon lelaki berkenaan.

arfarina_aj: Omg sebijikk gile Super talented i bg ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

nureensyuhadamaizuri: Tak terkira bintang nak dibagi 

IKLAN

hananimasuon: Omg sama gila Kipidap 

theajmal.flawless: 90% sama la! cm lukisan yg ditiru ats kertas lukisan,cm tula hasil mr @alhaalfa buat. 

rissariztma: Power of mekup,terbaik la @alhaalfa

IKLAN

Alha juga turut berkongsi video pembikinan mekap wajah ala-ala Shah Rukh Khan itu di Instagramnya.

Jom kita tonton bagaimana terhasilnya wajah iras aktor Bollywood tersebut.

Sumber: Instagram Alha Alfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI