Nampaknya berita perkahwinan yang dikatakan antara pelakon jelita Indonesia Laudya Cynthia Bella dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran mendapat liputan meluas media di sana. 

Terbaru MH Online mendapat salinan surat permohonan nikah Bella di Malaysia. Di dalam surat tersebut tercatat segala butirannya. 

Tertulis nama Bella di dalam surat tersebut dan isi kandungannya menerangkan bahawa nama si pemohon akan bernikah di Malaysia dengan calon suaminya yang bernama, Engku Emran bin Engku Zainal Abidin.

Surat Mohon Nikah Bella, Emran Tersebar

Pengirim tidak memberikan apa-apa komen sekadar berkongsi surat penting ini. 

Jika surat mohon nikah luar negara ini benar maka mungkin benarlah Bella akan berkahwin dengan Emran dalam tempoh masa yang terdekat ini. 

IKLAN

Namun jika surat tersebut palsu maka kami doakan agar pasangan ini disegerakan jodoh mereka. 

Bakal Nikah Pelakon Indonesia, Engku Emran Terus Membisu

Ini kerana sehingga setakat artikel ini belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada pasangan tersebut. Kedua-duanya lebih selesa berdiam diri sahaja. 

IKLAN

Pun begitu, terdapat beberapa gambar mereka berdua telah tersebar. 

Surat Mohon Nikah Bella, Emran Tersebar

Surat Mohon Nikah Bella, Emran Tersebar

IKLAN

Sedikit info, Bella merupakan seorang pelakon dan juga bintang popular daripada negara jiran, Indonesia.

Antara filem yang dibintangi olehnya adalah seperti Syurga Yang Tak Dirindukan, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Di Bawah Lindungan Ka’bah, Assalamualaikum Beijing dan banyak lagi.

Selain daripada menjadi seorang pelakon, Bella juga merupakan seorang penyanyi di mana pada tahun 2006, Bella telah menyertai kumpulan vokal Melly Goeslow, BBB (Bukan Bintang Biasa), bersama-sama dengan Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Dimas Beck dan Ayushita.

Selama bergiat di dalam insdustri seni, Bella juga telah banyak memenangi anugerah dan anugerah pertamanya adalah pada tahun 2005 apabila dia dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Bandung dan sejurus selepas itu semakin banyak anugerah yang diterimanya.

Teks Oleh: Meen Tahrin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI