‘Prank’ kini sudah menjadi satu trend. Terbaru pelakon lelaki, Redza Rosli pula kena prank dengan radio Hot Fm.

Dalam prank tersebut, Redza ditempatkan di satu tempat yang gelap dan hanya bertemankan sebuah laptop dan telefon bimbit.

Sedang dia duduk menghadap laptop tersebut, telefon bimbitnya berbunyi dan seorang wanita telah mengarahkannya untuk menekan butang ‘play’ pada video di dalam laptop tersebut.

Apabila butang play ditekan maka bermulalah adegan suspen dalam cerita hantu dan membuatkan Redza seperti tidak senang duduk dalam bilik yang gelap gelita itu.

IKLAN

Sekali lagi telefon bimbit berbunyi ketika dia sedang menonton cerita hantu itu. Wanita yang sama telah bertanyakan kepadanya pernahkah dia mengalami gangguan hantu di set penggambaran sebelum ini.

Pada ketika itu, tanpa Redza sedari terdapat dua ekor hantu sudah berada dia belakangnya. Apabila Redza menoleh dan ternampak kelibat hantu itu, dengan segera dia menggenggam penumbuk dan hampir menumbuk hantu tersebut.

Sebelum sempat menumbuk dia tersedar bahawa itu hanyalah prank yang cuba untuk menakutkannya sahaja.

IKLAN

Apa yang lucu ketika itu adalah, hantu itu juga turut terkejut kerana Redza hampir menumbuknya.

Di akhir video ini wanita yang menelefonnya tadi berjumpa dengan Redza dan mengatakan bahawa dia telah kena prank dan idea prank ini adalah daripada pelakon wanita yang sering dikaitkan dengannya, Ayda Jebat.

IKLAN

Jom tengok video macam mana Redza di prank.

Sumber: Youtube Hot Tv

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI