Wow MH Online difahamkan Raja Ilya bakal berlakon dalam filem Hollywood. Katanya filem adi wira terbitan Marvel.

Sudah tentu tawaran dan peluang berlakon di Hollywood menjadi impian buat semua selebriti di negara ini.

Bertuah sungguh Raja Ilya kerana dapat bergandingan dengan nama-nama besar di Hollywood. Tidak lama lagi dia akan menjalani penggambaran di Amerika Syarikat (AS).

Seperti semua sedia maklum, kebanyakan filem-filem antarabangsa pasti mempunyai babak-babak yang memerlukan si pelakonnya berpakaian sedikit seksi.

IKLAN

Raja Ilya Dapat Tajaan Klinik ‘Mantapkan’ Tubuh

Perkara sedemikian juga terpaksa dilalui oleh Raja Ilya kerana ada babak yang memerlukan dia berpakaian seperti watak Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot.

IKLAN

“Apabila berlakon di layar lebar yang bukan saja untuk tontonan di Malaysia, saya rasa perlu berkorban sedikit. Saya tidak mahu ada kecacatan dari segi lakonan, bakat dan penampilan kerana saya juga akan membawa nama Malaysia,” katanya.

Kata Raja Ilya lagi, ada juga syarikat yang ingin menaja dirinya untuk memperkemaskan bentuk badannya.

IKLAN

Raja Ilya Dapat Tajaan Klinik ‘Mantapkan’ Tubuh

“Mereka boleh membantu saya menampakkan otot tubuh tanpa perlu bersusah-payah ke gimnasium. Lagi pun, saya tiada masa untuk ke gimnasium. Menerusi cara ini, saya dapat bentuk badan yang diinginkan dengan cepat.

 

“Malah, ada klinik yang sudi menaja saya dari atas ke bawah. Mereka berbuat demikian bukan kerana saya selebriti, tetapi demi penampilan saya dalam filem ini,” beritahunya lagi.

Sememangnya bukan senang untuk diberikan peluang berlakon dan digandingkan dengan nama-nama besar daripada Hollywood. Tahniah diucapkan kepada Raja Ilya yang terpilih untuk membina namanya di luar negara.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI